Tuesday, May 15, 2012

Sabar.. Sabar.. Dan Sabar..

Assalamualaikum <3



blog usang, berdebu, bersawang.. sebab dalam seminggu dua ni aku tak update ape2 pon kan. kalau ada pon segmen je. bukan tak ada idea, idea banyak datang bergolek golek cuma kekangan masa je aku nak update. kalau bukak blog pon aku cuma approve komen and bw blog orang je.

sebenarnya macam macam aku nak kongsi kat korang, sedih.. gumbira.. duka.. ketawa.. nangis.. sakit hati.. dan macam macam lagi tapi aku tak tahu nak mula dari mana. haha. poyo je kan, macam la ada yang nak baca blog aku ni. hihi

selama aku cuti sem 3 minggu ni aku ingat nak kerja kat AEON yang baru bukak kat pengkalan tu tapi cuti cuma 3minggu je kan.. ada ke yang nak amik aku kerja 3 minggu? huhuu.. so.. aku tolong mama berniaga je lah kat rumah. senang.. nak balik bila, nak makan time kerja pon boleh haha.

korang tahu tak, berniaga ni memang banyak dugaan yang melanda daku T_T..

yang pertama, panas. walaupon dah ada atap kat situ tapi aku still rasa panas. dah mandi rasa macam tak mandi je. almaklum lah, ayah niaga start pukul 2-7.. memang panas lah. alah.. panas dunia,, panas akhirat lebih lagi lah kan.

lagi lagi tugak aku potong pisang, gereng pisang, goreng cucur pisang, cucur ikan bilis, dan goreng cakai. memang kena sentiasa duduk depan kuali panas lah. lebur tangan aku, habis kena minyak panas haha.. dugaan betull haihh

yang kedua, ramai pelanggan. bila ayah mama p solat asar aku akan duduk sorang sorang jaga kedai tu. aku lah yang kena take over kedai tuh. pukul 5 keatas memang ramai orang. sampai aku tak menang tangan dibuatnya. ada yang suruh buat air, ada yang nak beli nasi lemak. mana satu aku nak bagi dulu ni. crowded sungguh.  kemlam kabut aku dibuatnya.

kalau datang sorang demi sorang tak pe, tapi datang sekali gus ramai gila bapak. macam aku jual vcd haram je heh. xda lah ramai sangat haha ada lah dalam 7-8 orang. PakCik Saleh nak ais oren, PakCik Isa Kering nak ais anggur, PakNgah nak teh tarik. dalam hati aku, ya allah, cepat la sikit ayah mama balik.. T_T

walau bagaimana pun, customer is always right kan, tak boleh la marah maran, and mengeluh ramai custemer sebab customer lah yang beli jualan kita. kalau tak da customer sapa nak beli? kan. Rasulullah pon bernah bersabda 99% dari pada pendapatan adalah berniaga. :)


dulu masa kecik kecik aku salu pk alah kerja niaga ni senang je lah.. apa susah, buat buat then jual.. apa susah? tapi tekaan aku meleset sama sekali. bila aku dah merasai sendiri alam berniaga ni macam mana, ya allah, macam ni ke yang mama ayah lalui selama 10tahun? begitu perit tugas ni untuk bagi anak anak makan sesuap nasi. dengan panas terik, minyak panas. hmm :'( semoga aku tabah macam ayah dan mama.

tapi best jugak berniaga ni. boleh tengok ragam manusia. macam macam jenis manusia yang aku jumpa. macam macam perangai. ada sorang makcik tu sampai nak nangis bila nasi lemak yang mama jual dah habis. tu lah sapa suruh datang lewat.. hehe.

ehh, panjang pulak entry aku kali ni. ye lah kan, dah lama tak menaip panjang lebar ni hehe. ok lah aku nak tolong mama buat kuih ni.. dah lewat sebenarnya. :)

yang penat menaip
syuhada nasya <3

3 comments :

Nur Asmida Bt Karim said...

Salam , sama lah kita . cuti sem nie tlg mak niaga je . tpi kita niaga pagi , nasi lemak , mee bihun kuih bagai2 :)

http://eyda-nur.blogspot.com/

wnmwn said...

dah follow awak . (: follow me . ziczac-toe.blogspot.com

Iena Eliena said...

Assalammualaikum
singgah sini(^_~)
cik iena nk invite join 1st giveaway cik iena
jom terjah blog cik iena
http://www.ienaeliena.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html
tHanKs..