Saturday, March 23, 2013

Happy Birthday To Me



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani 


ehem, harini dua puluh tiga hari bulan tiga. bermakna umur aku dah dua puluh satu dua hari. kenapa dua hari? ok sebenarnya birthday aku dua puluh satu hari bulan tiga yang lepas. haha lambat buat entry macam ni lah jadi nya. sepatutnya on time. apa nak buat, mood malas semalas malas nya datang. 


masuk ja dua puluh satu hari bulan tiga hah berpusu pusu orang post kat wall facebook. hampir dua ratus lebih wishes. aku tak batak pon sebab aku tahu korang lagi ramai kan? haha 


betul ke aku dah 21 tahun ni? *tampar-tampar pipi , k sakit* okay terpaksa terima kenyataan, dah tua, ingat umur baru je 12 tahun. dah tak boleh nak manja-manja dengan mama ayah. lagi satu yang penting dah tak dapat duit raya lagi! T__T meh tengok siket muka umur 21 tahun cik kak ni T___T


fuyoo, dah lah putih, menawan pulak tu :D
HAHA
maaf, tu bukan kata-kata saya, tu kata-kata kak yuyu kita ni. ehe


dah masuk 21 ni. rasa nya macam tak matang lagi je. rasa macam budak kecik yang comel lagi ayu je. tak nak membesar. tak nak jadi tua. nak comel je sentiasa macam kak juju jalika. tapi nak buat macam mana dah fitrah manusia, kecantikan tak selamanya kekal abadi, tua kerepot jugak kan. haaa berfalsampah pula aku khonn!


tapi, dalam kegembiraan menyambut birthday, terselit jugak rasa sedih. tak dapat hadiah, tak da kek, semuanya mendap sebab mood exam! i hate exam!  haha tapi kalau tak da benda tu pon tak pa, asal kan ada iringan doa sahabat-sahabat dan keluarga. tu pon dah cukup bermakna. 


lagi satu, buat apa nak sambut kan sebab semakin meningkat umur kita semakin dekat kita dengan Allah, semakin dekat kita dengan mati. 



tq sudi baca 

Wednesday, March 13, 2013

k a m i

Assalamualaikum.


*cough.. cough.. * upss sorry guyss. sekarang ni musim demam gamaknya. sana demam, sini demam, termasuk juga diriku yang comelss ini. muahahaa tibe-tibe je puji diri sendiri khonn - , - aku dah masuk 2 hari demam dan mulanya cuma sakit tekak, batuk n pening je. tapi dari hari ke hari macam teruk pulak.

yelah sekarang kan asyik panas hujan panas hujan sejukkk.. cuaca pun tak menentu kan so no wonder lah demam melanda khonn.

sekarang aku dah okay sikit, mampu dah nak update blog ni haha *perli diri sendiri. jangan ditanya kenapa aku jarang dah update blog sekarang ni. ini sebab penyakit pemalas punya pasal. k pemalasss!

me and fyra :)

me and tasya mok-mok :)

haih minah ni, baca buku lah konon = =''



betapa kering nya diriku. tasya, baklemak sikit :D aumm











love this one <3

pretty-pretty wow !

kami pakai seliper je ke kolej. huahuaa sempoi tak?



gambr-gambar tu semua di ambil masa nak ambil voucher buku BR1M hihihi.. hambekkkk.. dah lama tak tayang muka , sekaranggg sila lah muntah hijo :D

p/s : red warrior lahh sangatt hahah




Monday, March 4, 2013

Bukan mudah untuk berubah.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang.  


Assalamulaikum my dear 


Long time no see kan. sorry tau. dah macam cipsmore pulak aku ni. kejap ada kejap tak da, tapi apa boleh buat kan, bukan ada yang  kesah pon kan

tengok tajuk di atas.  nampak macam serious je kan. yesss entry ini ada lah entry serious. dalam erti kata yang lain entry ini merujuk kepada diri aku sendiri, dan benda yang aku sedang alami sekarang.




berubah. tapi hakikatnya payah. bila dah berubah perlu istikhamah supaya kita dapat redha Allah kan. Ada orang kata, nak berubah tak boleh sikit-sikit, kena berubah terus jadi sempurna sebab mati bila-bila masa je kan. tapi nak berubah tu bukan satu benda yang mudah kan, nak ubah penampilan dan tabiat yang dah lama kita amalkan. tu bukan benda yang mudah kan.

bukan nak kata aku ni baik. sebenarnya aku pon dalam proses berubah juga. dah aku turut mengalami betapa susah dan payah nya untuk menjadi lebih baik dari sekarag. susah sangat. tapi kalau kita betul-betul istikhomah dan betul-betul nak berubah, kita kena kuat kan semangat. lawan segala hawa nafsu kita, tabiat lama kita. malas nak solat semua sebab itu ada lah hasutan syaitan

bila iman kita lemah, kita mudah terpengaruh dengan godaan-godaan yanggg ehemmm. tau sendiri lah kan yang macam mana. haha. aku malas nak cakap banya. eh cakap ke? taip banyak. korang pon ada solusi sendiri untuk berubah dan aku pon ada sendiri punya. walaupon lain cara tapi tujuan tetap sama. nak memdekat kan diri pada Allah kan. kita nak mati pon tak tahu bila kan. :)


lama dah tak tayang muka ni hahaha

p/s : sorry saya tak pakai nikon or canon. sebab kabur mata memandang hehe. :)