Friday, September 21, 2012

BLOG REVIEW BY FATINI IRDINA

Assalamualaikum !

haha. aku join lagi ! arini aku nk join banyak banyak sampai lebamm haah !


sila join beramai ramai bagi memeriahkan lagi ! heheh dan support lah blogger2 yang lain gak k.. termasuk saya hehe.. nk join sila tekan banner k :)


Segmen : Blogwalking Sambil Follow 1 Malaysia

Assalamualaikum !

selamat malam, malam ni aku nak join segment . aku sebenarnya dah lama tak join sengment n contest ni.. hehee .



follower blog aku sikit je.. baru 1039 orang. hehe so jom lah mari follow aku ramai ramai k. kita mengeratkan sillaturahim hehe. aku berasal dari ipoh perak dan sekarang ni menetap  di perak jugak .. :)


nk join ? sila tekan banner comel tu k :)

Thursday, September 20, 2012

usaha tangga kejayaan ! yeahh !

Assalamualaikum !



anyway, aku baru balik dari kelas rambut. ye, kelas rambut yang aku tak suka, yang paling aku benci, yang buat pointer aku jatuh terjunam. dan yang buat aku stress ! sebenarnya subjek ni tak lah susah mana pon. just potong potong rambut je pon. tapi yang menjadi masaalah nya ialah aku tak minat. T_T  ~ puan tina, maafkan sayee hehe

minggu yang sudah sudah Puan Hayati yaktu lecturer kelas rambut aku ajar kami semua cara cara buat layer kat rambut patung. dan minggu ni practice kat rambut kawan pulak. yang menjadi mangsanya ialah rambut aku. haha teruk betul ! rambut panjang terpaksa berkorban demi kerjaya.. huhuu T_T


Masa sesi latihan kepala patung ni la yang jadi mangsa. habis rambut patung ni kami potong potong.    kalau korng nak tahu kepala patung ni mahal tau. ada lah dalam RM1OO (sebuah) camtu. Dan apa yang aku dapat tahu ialah rambut yang digunakan kat patung ni ialah rambut orang yang dah mati dari negari CHINA. Siap ada uban lagi tu weyh! gerun pulak bila 1st time dapat tahu . sampai aku tak nak bawak masuk dalam rumah. biar je patung ni kat luar haha.

selepas potong rambut potung kami blaja potong rambut kawan pula. hewww best kot ! aku tak suka buat kat rambut orang .. aku suka orang buat kat rambut aku haha . sangat tak adil = ='' 
act, kerja apa kat dunia ni senang kan? semuanya susah but terpulang lah pada diri kita sendiri yang jadikan kerja tu senang or susah. pucuk pangkal nya pada diri kita. kalau ada usaha pasti ada kejayaan :)

okay, jumpa lagi di entry yang akan datang k .. tq sudi bace !



Tuesday, September 18, 2012

budak gigi jarang !

Assalamualaikum !

mempersembah kan .. budak gigi jarang..  haha


lama x update .. almaklum lah busy sangat haha. semester ni semester last untuk DIPLOMA IN BEAUTY MANAGEMENT. wah wah pas ni aku boleh cari duit sendiri. Syukur alhamdulillah. Serious masa aku belajar ni aku dah banyak susahkan famly aku. asyik mintak duit je. dan sekarang biar aku yang bagi dorang duit kan . hehe


now aku sedang tingkat kan ilmu aku ni ha. nama pon plajar diploma so aku kena upgrade kan ilmu aku ke tahap diploma la or lebih kan sikit. baru belajar tak siasia kan .. kalau tak bazir duit n masa je lah kan. sia sia aku belajar kat Taj ni 2 tahun 4 bulan. tak dapat apa = =''


jadual sem ni tak padat tapi memang sakit otak .. tak caye ? meh tengok kat bawah ni = =''

khamis : 10-3 pagi, penjagaan rambut 2

jumaat : 930-1230 pagi statistik, 230-530 ptg sumber manusia

sabtu : 9-12pagi kulit dan muka, 330-630 etika dalam profesional kecantikan

isnin, selasa, rabu aku free la.. hehehe bestnya tapi bosan lah.. kena tak pecah kan jadi satu sub satu hari.. kan senang.. tak de lah aku sakit otak. yang tak lalunya sabtu pon ada klas.. perrghh ahaha *duckface !

nak tak nak aku kena trima je lah kan . nak buat macam mana aku just student ! hehe

okay la aku dah mengantuk sangat. kite jumpa d lain entry k .. bye2 :)




Sunday, September 9, 2012

Sweet Kappeel !!

Assalamualaikum !


lepas sorang sorang sepupu aku bertunang and kawen. rasa macam terlalu cepat masa tu berlalu . dulu semuanya masih kecil lagi but now , dah besar cantik ayu lagi menawan. kalau dulu comot bebeno, air liur pon mak yang tolong lapkan hehe *melebih dah ni

kira nya tahun 2012 ni tahun yang bersejarah la bagi 2 orang sepupu aku ni sebab dorang telah masuk ke alam baru. yaktu ke alam pernikahan dan pertunangan. wuuu timbul pulak rasa cemburu dalam hati, bilalah aku nak kawen pulak kan .. hahaha *mod gatal merela dah ni sue oii !

kak eyka, sepupu aku yang paling comel. kalau korang nak tahu muka sepupu aku ni semuanya sama dan seiras. bulat bulat je muka semuanya hehe semuanya cantik , kiranya aku lah yang paling low skali haha. dua minggu yang lepas kot rasanya kak eyka selamat di ijab kabulkan dengan suami tersayang :)


comel lahh !


haha kak eyka tembam macam owner blog ni ha ghaha

sama cantik sama padan :)




maaf lah kak eyka sebab sue tak dapat datang, sue ada klas.. hehhe sorry ehhh ! ape2 pon sue doakan korang kekal selamanya k,kalau gaduh jangan lame2 .. hehhe

and the last one is Kak Tia Tiola.. Hhehe .. cute loh name hhehe ! okay kak tia ni pon sepupu aku tapi anak Cik H yaktu adik ayah aku, yang kak eyka tu tadi anak ayah ngah yaktu abang ayah aku.. ahaha tu dea detail aku bagi tau haha ! 

selamat bertunang kak tia n olan ! 




aku happy tengok dorang happy.. akhirnya dah jumpa pasangan masing masing.. hope pernikahan n pertunangan korang akan jadi petunangan n pernikahan yang terakhir. hope korang bersabar dengan segala ujian dalam fasa baru. :)



insyaallah lepas ni kami pulak .. tapi kena tunggu 2 or 3 tahun la heheh :)

picture crdt farra wichi n Eyka Kimura :)

yang penat menaip :
syuhada nasya !

Tuesday, September 4, 2012

hi ! i'm back !

Assalamualaikum !



aku tak tahu harus mula dari mana, disebab kan aku dah lama tak aktif dalam dunia blog ni mybe dalam 2 bulan kot. haha lama ke?  aku dah macam kekok.  raya dah lepas, tapi xda satu pon entry pasal raya dalam blog aku ni haha. punya lah busy aku ni kan :D


muka raya pertama. kehkehh ada seri raya disitu. ingat dah umur 20 ni tak dapat duit raya dah. tapi ternyata dapat jugak haha.



sebenarnya.. raya taun ni aku rasa macam mendap sikit .. aku tak tau la kenapa . mungkin sebab dah besar kot?  Dah tak boleh rasa raya masa kecik kecik dulu. saudara pon dah tak semeriah dulu. ada yang telah pergi dijemput Ilahi. Apa apa pon kita yang hidup ni kena teruskan hidup :) 


Jumpa di entry yang akan datang .. muahh ! 


yang penat menaip,
syuhada nasya