Thursday, October 25, 2012

hari raya aidil adha :)

Assalamuakum !

Sepanjang 1 tahun aku menceburi dunia blog ni. Macam-macam yang aku rasai, yang aku pelajari, ternyata dunia blog ni sangat luas dengan pengetahuan. Apa yang aku tak tahu sebelum ni, aku dah tahu. Tapi kita kena bijak memilih yang mana betul, yang mana tidak, dan yang mana baik, yang mana buruk. 



Senyum. Dengan senyuman boleh menutus segala gundah gulana kan? Tapi hati tidak boleh menipu. Hmmp! Nak cerita pasal hati ni panjang, later aku cerita k hehe sebab aku dah tak mampu nak pendam sorang sorang, apa yang terbuku di hati aku ni dah cukup membuat aku tersiksa. Cewahh ! haha


Anyway, esok Hari Raya Korban yaktu lembu kambing kibas kerbau dan yang seangkatan dengan nya akan di korbankan. hehe mesti dorang tengah cuak kan .. hehe takpa syurga menanti :).. Kepada blogger semua, aku nak mintak maaf k if aku ada buat korang sakit hati ka apa ka.. hehe mana la tahu kan aku manusia. penulisan aku ni tak sebaik n seelok korang.. hehe aku tak berapa pandai nak mengatur ayat. :D


Thank sebab sudi baca blog tak seberapa ni k :)

.. salam ukhwah fillah ..



Monday, October 15, 2012

Happy yang tak berapa nak happy ..

Assalamualaikum !

Kehadapan blogger blogger semua yang budiman, comel lagi menawan. Munculnya aku di sini ialah untuk mencoretkan serba sedikit tentang apa yang telah aku alami dalam beberapa hari ni. Haha ayat can not go betul kan .. Anyway, sukan dah habis dah minggu lepas. So masa sekarang nih nak fokus pada pelajaran. Minggu depan midterm woi, aku satu apa buku pon aku tak baca ni. Kecut perut ni. > <

Di saat rakan taulan sedang menelaah buku bukuan, aku pula sedang menyebok kan diri menelaah blog, twitter, facebook dan sebagainya. Di mana sifat kerajinan aku yang dulu bila tiba time exam aku pulun pulun bukak buku? Duhai diri , bangun la . kenapa lepu sangat ni. Duhai tuhan, berikan lah semangat kepadaku T___T


Seriously, aku tak tahu la tahun aku rasa slow sangat, rasa macam diri aku ni hmm nak bagi tahu pon rasa macam tak boleh nak ungkap kan .. Macam macam rasa ada. Marah, sedih, ketawa, hmm semuanya ada. Tapi, yang banyak nya ialah MARAH dan SEDIH !  Diulangi , MARAH dan SEDIH ! 

Apa lah nasib yang menimpa aku , lepas satu satu, seolah olah tiada ruang untuk aku bernafas. Aku sesalu sangat ada masalah dengan kawan, kemana saja aku p mesti ada masalah dengan kawan. Hmm Bila semua nu nak berakhir aku pon tak tau la.




Kadang aku fikir biar lah aku p jauh supaya aku tak sakit hati. Sakit hati. Apakah aku yang salah? Atau aku yang seharusnya dipersalahkan? Atau aku memang bersalah? huhh banyak beno salahnya. Act, dalam hubungan antara kawan ni kita perlu bertolak ansur. yeah bertolak ansur. TAPI! kalau sebelah pihak je yang bertolak ansur then yang sebelah pihak lagi ego keras kepala dll tu memang tak boleh lah.

Apa dapat ? habuk pon takda. Kawan kawan ni semuanya ada perasaan. Bukan berhati batu. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut tu akan dibalas balik. Jangan terlalu lancang sangat sampai mengaibkan orang. Sorry aku bukan nak bertarbiyah and nak tunjuk yang aku bagus sangat kat sini.   Benda ni untuk aku jugak, untuk kita semua. Please jangan terlalu SELFISH !

If ada yang terasa tu aku mintak maaf banyak banyak la k. Ini blog aku and ini luahan hati aku and pendapat aku . So tak kisah la aku nak tulis apa kan? haha chill.. jangan berapi .. Allah tak sukaa :)
if benda ni tak boleh selesai jugak,aku dgn adik aku sorang lagi tu terpaksa berundur :)

nota kaki : nak nasihat boleh tapi ada caranya. jangan membabi buta. nanti diri yang merana .. (pan 2 kerat yang tak berapa nak jerat haha )


tq membaca .. datang lagi :)




Tuesday, October 9, 2012

You And Me .. Everlasting :)

Assalamualaikum !

Terserlah ciri ciri kebapaan beliau haha



ehemm ehemmm hmm hubungan aku dengan dea dah 1tahun 7 bulan. macam lama kan ? ha tapi aku rasa macam baru semalam ja aku couple dengan dea haha. banyak betul kenangan aku dengan dea. manis , pahit, masam dan segalanya lah kami kongsi bersama. kiranya kita orang nih macam sweet couple lah. :D


Mr. Senget! haaa kenapa panggil mr senget? sebab dea ni memang senget. senget pon aku sayang jugak kan haha. dea lah kaki bahan orang haha . tapi aku tetap terima dea sebab dea ada keistimewaan tersendiri.. haha yes keistimewaan. setiap orang ada keistimewaan masing masing kan.

keistimewaan si mirul ni .. hmm .. deaa sukaa buat lawak haha. lawak bodo, dan lawak tak berapa nak bodo. haha bole pulak macam tu kan. lagi, dea ni salu hiburkan aku, hmm senang cita dea ni yang terbaik lah . karang aku cerita satu persatu karang sampai3 kali jumaat tak habis. = =''

Okay, esok ada sukan kat kolej aku.. yang pasti aku memang tak ambil bahagan .. haha nampak sangat pemalas punya budak kan = =' bukan apa, aku risau lutut aku ni tak okay lagi selepas kejadian tisu lutut aku terkoyak 3tahun lepas. yup time tu aku form5. sekarang ni pon still lagi rasa kesan nya. soo ada alasan la jugak kan .. haha yang penting aku masuk cheer yang tak berapa nak c heerleader haha !

kalau kita puji pasangan kita banyak mana pon , kalau dea bukan jodoh kita tak jadi jugak kan .. hehe


suatu hari nanti semua orang nak jugak kan macam dalam pic atas kan ? hehe 

doa banyak banyak pada allah , agar dea akan jadi milik kita .. selamanya .. amin :)