Monday, April 30, 2012

SEGMEN : Bloglist Bulan Mei


jom join bloglist ni ramai ramai eh,, huhuu


Lapar + Makan = Ayah Marah :(

Assalamualaikum ..

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati aku lah. ehh apasal dak syu ni dok meroyan memalam buta nim? by the way, syu baru je lepas melentak semangkuk maggi asam laksa buatan air tangan sendiri. lapar punya pasal sampai ku hirup sehingga ke titisan terakhir kuah maggi tersebut. wah ayat kemain lagi. -..-'

dapat la membasahkan sikit halkum dan mengisi kekosongan perut anak anak cacing ternakan syu ini. lapar kemain apesal? padahal syu dah makan kot pagi + tengah hari + malam. tapi still perut ni buat bising ibarat macam pekerja yang berbulan bulan tak bagi gaji. bayangkan.

dalam pukul tiga lebih syu p dapur. godek godek tengok ape yang ada. ada maggi. okay cantik! boleh la masak ni. sapa punya entah syu bedal. haha. bukak bungkusan plastik kena slow slow sebab takot si mama dan si ayah dengar. potong bawang pon slow slow je, haha. 

actually, si ayah tak bagi makan waktu malam lebih lebih lagi lebih dari pukul 12am. gila mengamuk si ayah tu. mybe ada la sebab nya. bilik ayah dekat je dengan dapur.huhu

pernah dulu, syu dengan adq lapar sangat. teringin pulak nak makan ayam goreng. buka peti ais, goreng ayam beberapa ketul. tengah dok masak ayan tu atas dapur si ayah pulak keluar dari bilik.. 

"ni kenapa masak malam malam ni? kan ayah dah cakap jangan makan tengah malam, tak baik, dah pergi tidur sekarang!!"

syu dengan hati tersentap terus campak sudip a.k.a spatula kat lantai dan terus masuk bilik. mula lah adegan merajuk. haha ayam atas kuali tu syu biarkan je. si mama yang goreng ayam tu selebihnya. esok nya sehari syu tak tengok muka ayah. haha merajuk lagi niy.. haha!

lepas dah beberapa hari tu dah okay dah.. ala syu merajuk bukan nye lama pon. 

orang tua cakap tu ada betul nya. setiap nasihat yang dea bagi tu mesti ada baiknya. ada ke ibu bapa yang marah anak makan tak semena mena? ada ke ibu bapa yang pukul anak nya tak ketahuan hala? tanpa sebab munasabah dan munaserawak? cik muna sebelah rumah pon  tak akan buata kat anak dea macam tu. cuma ibubapa yang tak waras je nak marah and pukul anak dengan tak ketahuan hala.

apa yang penting, perut dah kenyang hahah !

teng korang sebab baca <3

Kelebihan Dan Kelemahan Jenis Pembersih by Mak Jemah.

Assalamualaikum   

hi anak anak ikan mak jemah semua. apa khabar? sihat? haa mak jemah sihat alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dapat jugak mak jemah menaip entry untuk you alls semua lagi. terima kasih juga kepada tuan blog ni kerana sudi menjemput makjemah. 

pada entry yang lepas mak jemah ada menerangkan tentang bahan bahan asas kulit mukan, kan ? haa hari ini mak jemah nak kongsi pengetahuan yang mak jemah ada ni untuk you all semua seperti tajuk di atas. sharing is caring right? jyeahhh! 


PEMBERSIH JENIS KRIM

kelebihan : ph ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering dan dapat membersih  solekan dengan lebih sempurna ye anak anak ikan mak jemah <3
kelemahan : kurang sesuai untuk kulit yang berjerawat dan berminyak macam mak jemah ni. sangat sangat x bole, mintak di jauhkan pakai krim ni yer. tidak larut air,tidak bleh dibilas dengan air. kebanyakan la ye, orang2 semua komplain kat mak jemah dorang rasa x bersih pakai jenis pembersih krim ni. tapi klau untuk kulit kering sanagt sesuai.

PEMBERSIH JENIS CECAIR : 

kelebihan : ph ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit di sekeliling mata. larut air dan boleh dibilas. 
kelemahan : tidak begitu berkesan apabila membersih solekan pada kulit.

PEMBERSIH JENIS FOAM WASH

kelebihan : ph sesuai untuk kulit, mudah dan cepat digunakan, lebih sesuai untuk kulit normal, berminyak dan kombinasi.
kelemahan : mesti dibilas dgn air yang banyak dan sempurna, kurang sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

PEMBERSIH JENIS GEL 

kelebihan : ph sesuai bagi kulit yang berminyak dan kombinasi. kulit tersa segar dan bersih.
kelemahan : mesti dibilas dgn air yng bnyak yer korang, sgt x sesuai untuk kulit kering dan matang. kerana pembersih ini akan mengeringkan kulit. 

pembersih jenis sabun muka

kelebihan : mudah digunakan, harga lebih murah, kulit tersa segar dan bersih
kelemahan : kulit x lembap, mghilangkan asid mantle kulit, menyebab kan kulit mudah dijangkiti bkteria.


jelas? kalau nak tahu apa2 lagi. sila tanya makjemah yer ..

Segmen : Miss Z Cari Blogger

Assalamualaikum. 


pon pon.. pagi ni syu nak join segmen dari mis z..
bagi syu segmen ni magus sebab mudah untuk mcari blogger yang kita tak kenal.. kan?
sapa yang nak join jom la ke link miss z tu yer.. :)
Tarikh tutup segmen : 06 Mei 2012, jam 11.59 malam

Sunday, April 29, 2012

iri hati.

Assalamualaikum !

aip ! dah dah bangun sayang sayangku sekalian. jangan nak membuta lagi dah. nak tunggu matahari mencacak kalangint baru nak bangun ke? haaa ada gaya mak mak marah anak tak? haha

ehh.. awal pulak syu bangun hari ni. seperti biasa kalau esok cuti syu xkan tido. sebab ape? ermm *usap dagu. sebab dah terbiasa. huhu sebab tu la muka syu ni kusam dan berjerawat. sad.

tadi balik rumah mama. sampai je rumah mama terus adq aku sofea tegur

" weh, asal muka ko makin teruk hah? banyaknye jerawat. then kulit muka ko nmpak gelap".


adq syu ni kalau bab tegur menegur ni memang no satu. ada je yang tak kena pada diri syu ni kalau syu balik.  lepas tu syu pon masuk bilik belek muka ni. yup ! betul la adq syu cakap tu. makin teruk. tiap hari jerawat bernanah tumbuh. ape syu nak buat ni?

hati makin tak senang bila tengok muka orang lain yang putih bersih. tak ada satu zarah celaan ponn pada muka dea. lagi lagi kawan klas syu, lya..

syu jeles gila babeh! syu salu nangis tengok muka sendiri yang kudus ni kat cemin. sebab tu la syu salu mekap, sebab mekap boleh tutup jerawat and bekas jerawat. banyak dah produk syu pakai tapi semuanya hampehhh ! buat habis duit je.

bukan syu tak bersyukur tapi sebangai perempuan kita mesti nak yang terbaik untuk diri kita kan. nak cantik.. korang pon mesti nak macam tu kan? sapa nak tak cantik ye dak? tipu la kalau cakap tak nak cantik.. hmm.

korang bagi la tip sikit kat syu.. mane lah tahu syu boleh amalkan.. :(

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY

Assalamualaikum <3


hari ini.. pagi ini.. syu nak join segment dari abg hensem ni yang bernama HAZWAN HAIRY.. klik link ini untuk terus pergi ke entry beliau SINI.

Syu berblogging tak kira masa.. dalam sehari mungkin satu je entry yang syu post.. kalau rajin mungkin dua.. tapi syu hari hari BW blog orang.. yang penting seminggu akan ada 2 or 3 entry.. sebab nya idea tak nak berkeja sama dengan syu.. :(.. ok la.. hope korang join ehh :) tenkiyuu <3

Thursday, April 26, 2012

Hi Examination :)

Assalamualaikum <3



Pejam celik pejam celik rupa rupanya syu dah akhir semester 4 dah pun. Terasa cepat sangat oii 4 bulan! Terasa macam baru semalam bukak sem.

Nasib baik la pejam tu celik, kalau dah tak celik celik tu acano? Paroh weyhh ambo.. pahala pon takat celah gigi jah..

Kalau semalam yu ada post pasal laptop hilang kan.. haa entry paling sedih untuk syu.. laptop tu wehhh.. mahal kot syu beli.. tapi nak buatmacam mana kan kalau rezki tak lama bersama laptop tu.. huhu..

Entry kali ni dah tak nak ingat pasala laptop tu dah.. malas nak ingat dah nanti yu makin sedih..bilasedih tak boleh study..stress.. mungkin ada hikmah kot laptop syu hilang tu *ayat drama petang petang haha.

Esok , jumaat, dan isnin syu ada final exam.. esok ada dua paper. Yaktu paper kulit muka dan paper rambut. Jumaat pulak paper produk kosmetik dan keusahawanan. Produk kosmetik susa sikit.. gerun wehh.. huhuu.. isnin depan lak exam pemasaran & promosi.
Entry ini adalah entry yang terkhir untuk bulan april ni.. insyaallah bulan depan kalau panjang umur syu update lagi..amin..



Wish me luck k.. :))

Wednesday, April 25, 2012

laptop aku hilang !! :'(

 Assalamualaikum   




korang.. yu nak bagi tau ni.. kalau bukan dekat korang, dekat sapa lagi syu nak cerita. kasihani lah daku ini.. uhukk :'( haa yee laptop syu hilang.. tolong la percaya..


ceritanya begini....... jeng jeng jenggggggggg !




pada 12 april yang lepas iaitu hari khamis, pukul 11 pagi, syu dan sang kekasih pergi klinik yang terletak di daerah silibin. lepas pergi klinik kami pun pergi balik rumah mama yang tak jauh dari rumah sewa yu.. kira kira 20minit naik moto.. 


dalam pukul 4 petang syu balik rumah.. nak ambil laptop sebab sang kekasih nak pinjam. masuk bilik tengok beg laptop yang ada atas katil sebelum syu keluar tu dah tak ada.. syu jadi gabra carca marba.. terus panik.. syu tanya budak rumah syu ada nampak tak laptop syu.. dorang cakap dorang pon tak tau sebab dorang pon baru je balik dari kelas..


wahduhhh.. g mana ya? kok hilang sih ? gue jadi penasaran nihh.. 


syu dah jadi kelam kabut dalam rumah tu.. baju baju semua syu sepah kan sebab nak cari laptop syu.. ya allah... tolong la aku... jangan la hilang.. hmm


petang tu jugak syu dengan san kekasih pergi balai biat report.. tapi ada ke patot aku dah cerita dari A- z polis tu tanya awak buat repot ni atas tujuan ape? bengong tak bengong ? kalau korang la di tempat aku korang bengang tak ??


sekarang ni dab babarepa minggu dah laptop syu hilang.. susah syu nak buat asaiment.. banyak gambar gambar dalam laptop tu.. sayang sangat2 laptop tu.. berharga sangat.. syu bukan orang kaya yang leh tukar ganti laptop.. 


kalau korang nak tau ni dah kes ke 2 laptop hilang dalam rumah sewa syu ni.. bila tanya semua tak mengaku.. korang boleh tengok entry ni ..


hope orang yang mengambil laptop syu tu segera la bertaubat.. amin.. 







Thursday, April 12, 2012

bahan penjagaan asas kulit muka by mak jemah

Assalamualaikum   

siapa nak cantik ? haaa mak jemah tau, korang semua mesti nak cantik macam mak jemah kan? termasuk la mereka mereka yang dah tersedia cantik keluar dari perut mak seketul seketul. very the tak sedar diri you know! haha. 


dari mata turun ke hati. tapi kalau muka tu dah berjerawat, berminyak 14 inci tu haa sapa yang nak? itu bukan nya dari mata turun ke hati, tu dari mata turun ke kaki. bagi mak jemah free free pon mak jemah tak nak okeh. baik lelaki baik perempuan. jadi, aset yang penting sekali ialah harus lah wajah yakni muka kita. 


yang dah kawen ke, yang belom kawen ke harus menjaga kulit muka. supaya nampak sihat dan bermaya. dulu, memang mak jemah tak jaga pon tentang kulit muka, tapi bila dah ditegur oleh kawan kawan mak jemah yang mengatakan kulit mak jemah kusam dan berminyak , mak jemah terus bangkit dari lena. mak jemah sedar yang kita ni perempuan tak boleh abai kan perkara perkara macam tu. ingat tu ye anak anak ikan mak jemah semua. 


okay, panjang pulak mukadimah mak jemah yer. untuk kulit yang sihat terdapat 3 jenis rutin asas yang perlu you alls lakukan. seperti membersih, menyegar, dan melembap. ini mak jemah rasa semua dah tau kan? dah tau tak pa, dok diam diam k,ini untuk yang tak tau yaer.


PEMBERSIH ---> Haaaaa, you alls tau tak apa fungsi dan tujuan menggunakan pembersih? haa tau ke tak tau? tak tau jangan buat buat tau k. biar mak jemah exlpain kan. pembersih tujuan nya untuk membersih segala kotoran , daki daki, masam masam kat muka korang tu haa, lagi menanggalkan sebum sebum lama,sel mati, dan bahan mekap daripada kulit. lagi, melembutkan dan memcairkan sebum supaya liang roma tidak tersumbat. melindungi permukaan kulit daripada bakteria dan kulat. mempercepatkan proses sel mati (desquamation). dan merangsangkan peredaran darah, limfa, dan kelenjar.

PENYEGAR ---> penyegar pula ialah sudah semestinya lah untuk menyegar kan muka dan mengimbangkan ph kulit. membuang sisa pembersih dan sebum kulit tanpa mengganggu asid mantle kulit. membantu menutup liang roma selapas dicuci, merangsangkan kulit dan manghaluskan tekstur kulit.




PELEMBAP --->  tujuan menggunakan pelembap ialah untuk membaik pulih asid mantke kulit. mengimbangkan ph kulit, melembabkan kulit, melembutkan epidermis kulit, memudah kan aplikasi mekap supaya tahan lebih lama, melindungi kulit dari bakteria, mengelakakn kulit menjadi cepat matang dam mengawal pemgeluaran sebum berlebihan .


okay, dah tahu? clear? 
okay , mak jemah dah sakit jari.. nanti mak jemah update untuk jenis jenis pembersih pulak oke .. bye bye anak ikan mak jemah . huhuu <3



Wednesday, April 11, 2012

tsunami ? larikkkkkkkkkkkkkkkkk !!

Assalamualaikum   

arghhh sakit dan berat sangat kepala ni, rasa ada batu je dalam kepala aku ni, nak bangun pon terhoyong hayang. dah macam orang mabuk todi je. k tipu. petang tadi aku tidur sampai pukul 7:40pm, lama gila aku tidur. langsung tak sedar apa-apa. lepas mandi semua aku bukan lappy, bukan pesbuk, bukak twitter, bukak blog. 

huh? what going on? apa yang terjadi ni? gempa bumi? tsunami? kenapa aku tak tau apa apa ni? ha?

gempa bumi yang berukuran berapa hkter entah aku pon tak tau telah menggegarkan negara kita iaitu Vietnam Malaysia tanah air tercinta kuuu.

om bak balik duit saya ombak tsunami tersebut dijangka akan sampai ke Geortowm- 9:11 malam 11 april 2012, Port dickson 2:10am 12 april 2012, Singapore 7:31am 12 april 2012. berikutan kejadian tersebut, kome di nasihatkan supaya tidak mendekati kawasan kawasan pantai seperti di langkawi, port dickson, perlis, pulau pinang dan perak. 


moral of the entry is kita harus la banyak bertaubat kepada ALLAH. aku sendiri pon banyak dosa .. so, apa yang terjadi ini kiti jadikan teladan dan iktibar :)





Terlupa. Macam mana ni ? Tolong la :(

Assalamualaikum   


semalam, syu nak login nuffnang, sebab lama kemain dah tak bukak bukak. bila dah isi email sume tang password tetiba syu jadi blur blur.. hmmp apa ek password syu. lama dah ni tak bukak, amirull, syumirul or syuhadaamirul? arghhh ! dah cuba semuanya tapi tak boleh. apa eh apa eh.. ya allah .. come on , come on ! 


korang korang, korang tahu tak macam mana nak tukar pasword nuffnag ni ha ? tau tak tau tak ? tolong syu yer..



Monday, April 9, 2012

Kelas make up ! kami dikutuk habis habisan

Assalamualaikum  




terbangun dari tidur terus tangan kemain eksaited suruh taip. bukanapa, semalam lepas balik kelas memang nak MENGEpost entry tapi tertido sampai ke petang, sehinggakan kelas petang pun aku terbabas tak datang.sobsob T_T


entry kali ni aku nak ceritakan pasal klas mekap semalam dan pasal mereka yang tak tau apa itu seni. pagi semalam, aku ada klas meka up, but klas tu klas terakhir dari puan nurliza othman. sebab dah habis bab da nak blaja. serious aku rasa macam tak cukup lagi ilmu di dada ni. aku rasa aku masih jahil lagi dalam ilmu make up ni. kalau ada peluang memang aku nak belajar lagi. 




beberapa bulan yang lepas, kami ada klas makeup. klas make up tu klas pertama yang kolej buat memandang kan course aku ni masih baru lagi dibuat. masih setahun jagung. soo, untuk menjadi juru solek yang bagus kita mesti la melatih kat muka kita dulu kan, lepas tu baru lah nak buat kat muka orang. 


yes, lepas kami diajar cara asas mekap kami pon apply dekat muka sendiri  setiap hari pergi ke klas. make up ni seni kemahiran.. untuk mahir kita kena berlatih kan. tapi, kami mendapat tentangan yang hebat dari warga kolej. kami dicaci, dukutuk,di hina dan sebagainya lah. sobsob. 


"perghhh.. nak pergi kolej pon nak mekap macam tu ker. macam vrubyguegvur je aku tengok beb"

" haisshh, kenapa lah kalau budak beauty lalu semua orang nak pandang pandang hah? bukan nya lawa pon, bulu mata pelesu je yang lebih!"

memang aku nak tumbuk tumbuk je muka yang cakap camtu.laki ke perempuan ke sama ke lah. hello you alls, kami mekap bukan main tonyoh tonyoh je kat muka, kami belajar, ada teknik nya, bukan macam you alls belajar pakai buku. tapi kami guna teknik.

untuk naik keatas memang payah, kalau tak ada sabar dan usaha memang akan jatuh. peduli apa orang cakap kalau korang nak naik. tapi,jangan asyik peduli sampai nasuhat orang kita tak endah.

aku dan pa'ah

aku suka pic kt atas ni, tak tau kenapa. bhahaha. pic tu kami lepas habis belajar mekap. see, bukan teruk mana pon .. dorang saje jeles tau :'( sobsob.

baju pink tu pn liz, pa'ah dan anis

puan liz ni ada spa, nama spa dea TERATAK SPA.. spa dea terletak di penang. bestnya ada spa.huhu .. hope one day aku akan jadi macan dea.wanita bekerjaya yang berjaya. AMIN :))

ditaip oleh :
syuhada nasya

Sunday, April 8, 2012

hujan.. hujan.. hujan.. dan .. hujan lagi.. ♥

 Assalamualaikum cik senah oii   




peace yaww !


hujan yang turun bagaikan mutiara.. bla bla bla.. hujan ouh hujan. kenapa laa kau asyik turun ha ? tak da cuti ka ?  ehh, tak baek tau cakap macam tu. hujan tu kan rahmat allah. elok sangat lah kita berdoa bila hujan turus, insyaallah akan termakbul. amin.


hari ni, aku asyik tido je, memandangkan petang ni asik hujan plus angin pagi tadi yang sopan je lalu tapi bila petang je angin bertiup kencang. lagi syok la kalau tido waktu tu.. ibarat kucing disorong ikan yang mama beli kat kedai Kumoda haritu . -..-''


rasa macam berada di korea je rasanya walaupon tak pernah menjejak kan telapak kaki ku ini ke sana. memandang kan berasa sejuk yang teramat sangat sampai terpaksa menutup semua kipas, proses pencucian buah pinggang menjadi begitu cepat pantas cerdas dan tangkas, sehinggakan bilik air di rumah sewa aku ni telah menjadi tempat yang paling kerap aku jejaki oleh diriku ini. hmm cejukk  (╥﹏╥)




kenapa lah , kenapa lahhh ehh tiap petang asyik hujan je, susah kot aku nak buat xtvt riadah aku bersama teman teman. demm ! haissshhh manusia, dah bagi panas nak sejuk, mula la keluar dialog ni " adoiii , panas gila der hari ni, bila nak hujan ni, boleh terbakar kulit aku yang putih ni"  .  then, bila dah bagi hujan , " der, asal asik hujan je ni, gua nak g dating pon susa la der, kalau gua naik kereta gua x kan bising la der'" . agak agak ada ke orang yang macam ni eh you alls ? mesti la ada , aku pon kadang kadang macam tu jugak. 




aku nak bagi tahu kenapa pon aku bujan nya pakai ahli ramalan cuaca. aku hanya tahu pasal tidur makan kecantikan je lah, dah itu bidang aku. cuba tanya cik melah sbelah rumah pak leman nu haa, mugkin dea tahu. 




ketika kalian sedang membaca catatan ini, aku telah pun .. tettt teettt teettt teettt !! ouh tidak, jangan salah fahaam ya kalian, aku telah pun  berada didalam selimut @gebor ku akibat kesejukan yang melampaui batas ! *sambil membuat muka sejuk tapi cute, haha.


**************************

YA ALLAH, terima kasih di atas rahmat yang telah engkau curah kan kepada ku ya allah. terima kasih juga diatas rezki yang engkau berikan kepadaku ini ya allah. walaupon rezki itu tak seperti orang lain tapi aku masih boleh bernafas dan bertahan sampai sekarang ya allah. terima kasih ya allah . ALHAMDULILLAH. :'(



Ditaip dalam kesejukan oleh
syuhada nasya omey omey hhehe .. *sila lah muntah

Friday, April 6, 2012

Kenapa Syuhada Nasya Jadi Macam Ni :(

♥ Assalamualaikum   






hi, siapa yang tak kenal aku, aku ialah syuhada nasya, berasal dari ipoh perak, dah 20 tahun aku hidup di atas muka bumi ni, sekarang aku belajar dalam diploma in beauty management atau dalam bahasa melayu nya pengurusan kecantikan. perlu ke translate? rasanya semua tahu kan -..-'




apa yang nak aku cerita kan ialah kisah hidup aku yang kebelakangan ni macam tak tentu arah je :( , apa yang aku rancang semuanya tak mendatang kan hasil pada aku. apa yang aku buat semuanya tak kena. seolah olah sia sia je. 


i dont know why this all happened to me :( kalau tido, selalu bangun pukul 3 or 4 petang kalau tak ada kelas. lepas tu malam jadi burung hantu. then, mood aku selalu tak ok, ada je benda yang aku nak marah walaupon benda tu kecik je pon. yang selalu jadi mangsa lepas kan marah aku ialah boyfriend aku, amirul.


dalam kelas, memang tak boleh nak tumpu kan perhatian, 10minit permulaan boleh la tapi bila dah setengah jam tu aku dah mula rasa fed up! lagi lagi kelas miss shira, sumpah cant not go laa ! bosan tau x bosan . 


kemana hilang nya identiti syu yang dulu.. kemana hilang nya syu yang penyabar, kemana hilangnya syu yang rajin, kemana hilangnya syu yang tak suka marah marah. kemana.. kemanaa.. kemanaa !! 


korang, tolong lah bagi nasihat kat syu ni, yang tengah blur ni, agak agak kenapa eh dengan syu ? jeng jeng jeng !!





Wednesday, April 4, 2012

xtvt terbaru saya ialah membuat dodol haha !

♥ Assalamualaikum  




selamat pagi korang, untung laaaa boleh tidur kan, hmm aku tak tidur tidur lagi nie. sebab tak boleh tidur.. kelas pulak pukul 1 petang jap lagi , dalam kelas nanti mesti aku mengantuk punya  memang selalu macam tu .. haha . 




xtvt semasa aku tak tidur tadi aku buat doodle.. doodle ? bila masa aku tau buat doodle ni ? ntah laaa.. aku jalan jalan kat taman blogger semalam, ternampak ada doodle tu cute sangat. niat hati nak buat camtu tapi tak jadi lah.. lain pulak yang jadinya.. haha




doodle 1 : doodle ni aku buat untuk roomate aku iaitu noraziah ramli. haha !



klik untuk tumbesaran.


bak kata yuyu zulaikha lukisan huduh tak bermaksud tuan pon huduh .. hahaa.. dan selepas tu, aku buat lagi satu dodol .. 


doodle kedua : dodol ni dodol untuk aku n cik abang aku, saja suka suka, bosan bosan .. hehe 


see see .. betapa huduh nya lukisan , aku rasa budak darjah satu lagi cantik dari lukisan aku kan .. tak pa la kan , sekurang kurang nya hilang rasa bosan aku dengan xtvt baru aku ni .. kan ?


Sunday, April 1, 2012

nak tukar header !

♥ Assalamualaikum 




korang korang , sini jap aku nak tanya pendapat korang ni .. korang rasa ok x header aku yang sekarang ni ? atau aku kena tukar yang laen .. ?  aku kalau boleh aku nak tukar tapi aku tak tau nak buat macam mana, aku mana tau main photoshop pon. photoshop  pon aku tak da. ada sesiapa bole tolong tak ?






tolong yer, aku tak pandai macam korang main edit edit ni, header  yang kat atas tu pon kazen aku yang buat kan .. :(