Monday, January 28, 2013

Monday, January 21, 2013

Sunday, January 6, 2013

Cuti semester yang paling bosan di alam semester !

Assalamualaikum !


ehem, ini adalah cuti smester yang paling bosan yang pernah aku lalui. macam yang korang tahu , mama and ayah aku niaga setiap petang dan aku as they daughter kena lah tolong dorang kat sana kan. ya, bangun pagi siap-siap kan barang niaga and petang pukul 3 macam tu  kami dah berangkat ke tapak niaga dah *ceh ayat nak gempak je ahha. kejadian tu berlangsung sampai lah ke petang. hati-hari kena ulang benda yang sama korang ingat tak penat ke? kena mengadap panas kuali, panas terik lagi. haaa dugaan-gudaan..


ya tuhan, memang lah panas neraka tuh lebih panas dari panas didunia, tapi kalau panas di dunia ni kita dah tak boleh tahan apatah lagi dengan panas di neraka? haaa

so, back to my story, hari ni aku tak tahu lah kenapa dengan aku ni. sebab selalunya aku tak macam ni. dah hampir 6 tahun aku tolong mama niaga ni tapi hati ni entah kenap rasa amcam bebal je kepala otak ni. semua benda tak kena.

1st, aku silap bagi kuih kat orang, orang tu nak kuih lain aku bagi kuih lain, sampai orang tu datang balik n kata "ehh adik, abg bukan nak kuih ni" haha lol.

2nd, aku salah kira.. ya allah, memang lah math aku kurang sikit sampai pakcik tu kata kat ayah aku "ehh dah besar pon tak reti nak kira ke haha " and ayah aku kata " dea tak reti kira ringgit-ringgit ni.. kalau ribu-ribu dea pandai la.. haha tengok ayah mengada tau! eee rasa nak tendang je balakang pakcik tu ku rasa tapi takpa, kesabaran aku masuh ada, karang hilang keayuan  aku pulak haha :D


ni gambar yang membukti kan aku niaga dengan penuh dedikasi tau tak haha ! dedekasi sangat sampai tersilap kita and bagi kuih :D

kat sekolah dulu math la musuk utama aku melain kan budak sekor tu yang salu sakit kan hati aku. so no wonder lah kalau setiap ujian aku akan dapat D or E belaka. haha but alhamdulillah lahh SPM aku lulus. haha.


Pengorbanan seorang ayah :'(

Assalamualaikum !



sebelum tu .. cerita ni aku copy dari blog NISA KAY sebab aku tertarik dengan cerita ni yang membuat aku tersentuh and menitis kan air mata .. ;'(




Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


sedih kan ? hmmm ayah.. akak sayang ayah and akk akan buata yah bangga dengan kakak satu hari nanti .. janji ! 


love u en nasarudin :'(

Wednesday, January 2, 2013

untuk adik-adik ''Kak'' Syuhada :)

assalamualaikum !

setepek gambar gila besar untuk kau dik! ahha

hi adik-adik, kak syuhada here! haha buang tabiat ke hapa aku ni tiba-tiba ber ''kakak-kakak'' bagai. stop deaming syuhada mung tuh doh tua doh. stop raso diri mung tuh mudo lagi mace 5 tahun lepah. haha doh boleh jadi mok budop ha. ehh nak kecek kelate tak pandai. ni la jadi nya kalau orang ipoh nak cakap kelantan ahha buruk bebeo bunyi nye!

back to le point. rata-rata follower blog nih bebudak lagi kan? i means umur 13 untill 17 and more and more.. betul tak? haaa mari lah kita bersopan santun pada adik-adik sekalian. 

adik-adik kak syuhada yang dihormati sekalian alam,

by le way, kak syuhada sebenarnya nak ucap kan thank to you all sebab sudi baca post-post kak syuhada yang kak syuhada update ikot mood tak betol ni. haha juga kepada yang rajin komen romen blog kak syu neh ha.. saya lebih kat dea. hehhe

anyway, how about your first day of school today? best? cuak? ramai kawan ? tak da kawan ? haha chill laa.. lama-lama nanti ada la kawan tu.  hehe


goodluck guys ! :)



p/s : mak ai pemdek nya, biasa laa.. kak syuhada memang suka buat post pendek-pendek :D haha