Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan datang lagi!

Assalamualaikum !


rasanya hampir 2minggu aku tak update blog ohsem ni haha. aku busy tlong mama aku niaga n buad kuih. yelah sekarang ni bulan puasa kan. rasa macam cepat je dah masuk bulan puasa kan.


kalau puasa tahun lepas aku puasa dengan kawan2, buku2.. tak balik pon sebab ada klas, rase tak ohsem sangat.. kalau boleh hari pertama puasa tu aku nak berbuka dengan famly T_T

anyway, ak nk ucapkan selamat berpuasa k pada korg yg bc blog aku.. hope x terlambat la muehehe! aku jarang update pn.. insyaallah pas raya t aku akn rajen update haha tq sudi baca :)

Monday, July 16, 2012

Event Anak Yatim | BAKIP & JASA

Assalamualaikum !
                           

                               

presiden, setiausaha dan ajk ajk yang terlibat.


wah gambo macam pengantin tengah bersanding je kan wahahahaa. cuba korang cari celah mana aku? hehe. tu haa ebelah tasya tudung warna kelabu tu yang senyum ternampak gigi tu ha. haha comel kan *pengsannn = =''

korang tahu tak ni event ape? ok sebenarnya ni event untuk anak yatim. Event ni dibawah Majlis Mahasiswa Islam (MMI) kolej aku, iaitu Taj International College. kami dikehendaki buat satu kumpulan, dan memilih event yang mana kami nak jalan kan. kumpulan kami yang paling sikit sekali , 13 orang je. kumpulan yang lain 22 orang haha. nama kumpulan kami al-munawwarah :) sedap kann

okay sebelum tu aku nak kenalkan dulu ahli ahli kumpulan al-munawwarah k :) nak tengok tak?

af, presiden 


ery.. penolong preiden 

arol.. setiausaha

mrs arol.. farra gonda :D setiausaha arol :)

boy, bendahari :)

tasya n aku , ajk pendaftaran :)

azie, ajk makanan.

yang bajet ni amien, ajk makanan jugak 

yang cantik ni zura , ajk makanan jugak la hee

salwa oii,, ajk jemputan :)

blogger aennku. ajk tambahan hehhe

niza, ajk pblisiti 




program ni berlangsung dari pukul 3petang sampai pukul 10 malam. segala solat dan makan makan berlangung kat dewan kolej. tengs kepada semua yang bagi kerjasama :) 

petang :

 


ini kali pertama aku handle program anak yatim ni. setiap anak anak yatim ni ada kisah tersendiri. yang membuat kan aku sedih, piulu siooottt! haha. walaupon mereka ni tak dengar cakap, kurang ajar, bahasa kasar, panjat pagar, ponteng kelas, tapi disebalik semua tu ada kisah kisah mereka yang tersendiri. kalau aku nak erita kat sini 7 hari 7 malam tak habis. haha. 


tq sebab sudi baca. bye bye 

yang penat menaip
syuhada nasya



Wednesday, July 11, 2012

kawan kawan .. mintak tolong korang boleh .. please ..

Assalamualaikum korang !

korang ! aku join satu contest yang dianjurkan oleh kolej aku. Taj International College (TIC) . like and share kat facebook. sape yang join kena like and share link kolej aku .. aku pilih link yang ni.. tengok gambar kat bawah



sebab apa aku pilih link ni? sebab aku kan blaja course beauty management kan .so aku kena promot bidang aku la. ehehhe


so aku minta jasa baik korang untuk add aku kat fb (Syuhada Nasya) dan like and share  link ni boleh tak korang ? korang mesti ada fb kan ? ishh mustahill xda fb kan hehe..  haaa apa lagi meh la add , like and share k :)

lepas add fb aku (Syuhada Nasya) masuk link ni INI pulak k :)  .. tolong like and share k .. nak dapat ipad kan .. heheeh

tq kalaua da yang sudi like :) harap korangs emua bantu saya k :)

yang penat menaip
syuhada nasya :)

Perkara Yang Housemate Tak Suka | TIPS

Assalamuaalaikum !



sape yang tak pernah ada masalah dengan housemate dorang kan? even masalah tu kecik nonet je kan. budak kat atas tu pon pernah ada masalah jugak. ala duduk dengan orang orang yang kta tak pernah hidup ni memang macam macam ragam yang kita tak tahu. benda yang kita tak tahu pon akan jadi tahu. 

bagi adik adik kakak kakak dan abang abang yang baru yang baru masuk kolej tu mesti ada yang duduk hostel or rumah sewa kan. haaaa disini kak syuhada nak bagi tips perkara yang tak boleh dilakukan apabila duduk serumah dengan kawan .. kak syuhada knon lah kan wahaha. melampau.

benda ni aku nak kongsi kat korang sebab aku rasa benda ni penting jugak la dan aku pernah alami nya sendiri. 

hormat orang lama / senior
bila kita hormat orang orang akan hormat kita balik. betul tak? tolong jangan bawak perangai masa kita kat rumah dulu dulu. kadang kadangkitah dah terbiasa dengan perangai kita kat rumah kan so sampai terbawak bawak kat tempat orang. kalau dah junior tu tolong buat macam junior jangan kurang ajar dan besar kepala. ingat awak tu masih baru lagi. marah nehh marah neehh wahahahaa.

jangan guna barang orang tanpa kebenaran
bila kita dah duduk satu rumah dengan housemate (hostel or rumah sewa) kita mesti perkongsian barang tu akan berlaku kan. maksud nya macam kita pinjam lappy ke baju ke seluar ke tudung ke dan ape ape je lah yang boleh dipinjam kecuali barangan dalam lah. jangan barangan dalam pon kau sebat tu dah melampau dik oii wahaha. ingat benda tu kena mintak kebenaran owner dulu. sesetengan orang tak kisah kalau nak pinjam tanpa bagi tahu pon tapi kebanyakan nya tak suka.

lepas pakai pulang balik
benda ni aku rasa korang pon tahu kan . lepas pinjam barang orang tu segera la pulang kan.  contohnya korang pinjam baju kawan korang, seminggu tak bagi balik. tak ke bising kawan tu ? mungkin dea tak marah korang terang terang tapi dalam hati dea sapa yang tahu kan? soo untuk mengelakkan benda ni daripada berlaku, lepas pinjam esoknya pulang la balik. 

bilik macam tongkang pecah
ni bilik laki ka perempuan ni? kalau laki aku faham la dorang ni susah sikit bab kemas mengemas ni. tapi kalau perempuan yang tak reti nak kemas bilik aku tak tahu la jenis apa. korang suka tak kalau bilik korang tu berselerak? suka tak bilik korang tu bau busuk? baju baju yang korang dah pakai tu please jangan lepok sana sini. jangan letak atas katil orang lagi lagi seluar dalam yang dah pakai. kotor tahu tak. dari situ akan menjejas kan imej korang. 

jangan berat tulang
kalau nampak pinggann mangkuk tu tak basuh ringan ringan kan la tangan tu untuk basuh. jangan nak bising bising kata orang tak basuh la ini la itu la. tolong ringan tulang. kalau anda macam tu semua orang akan suka tau tau tau . wahahhaaa

cakap belakang
korang suka tak kalau dapat kawan yang suka cakap belakang pasal korang?  tak suka kan? haaa please jangan cakap belakang pasal kawan kawan korang. lagi lagi kawan satu rumah. takot nanti bermasam muka dan bergaduh. kan tak best tu kan .. :)


okay. mungkin aku ni taip  macam gudgud je kan. macam la aku tak pernah buat benda ni. ini cuma nasihat dan tips yang tak seberapa yang aku nak kongsi kan . maaf lah pada yang terasa. aku tak da niat pon nak metionkan sesiapa. kalau nak terasa jugak amik lah. :) kita manusia biasa yang terkadang melakukan kesilapan .

tq sebab baca 

yang penat menaip
syuhada nasya

Monday, July 9, 2012

ini memang gila..

assalamualaikum !

semakin hari semakin malas nak bukan blog kesayangan aku ni. bukan apa, sakit otak mahu memikir idea idea apa yang mahu di taip. yeahhh apatah lagi seminggu aku akan final exam. banyak yang perlu aku fikirkan sebenarnya.


semalam sedang duduk santai online tiba tiba tasya menunjukkan satu gambar. haaaa geli hati plus nak termuntah aku dubuatnya... nak tengok? cekidott yo !


ini memang gila kan ? haha