Thursday, May 31, 2012

Bloglist Jun 2012 Blog SukaGelak


nk join ? klik banner .. tarikh tutup 1 jun :)


segmen tambah followers sampai beribu


hi .. aku join segmen ni .. nk join silA KLIK banner k :)

aku mula join blog jun 2011 kot.. now blog aku dah ada follower seramai 913.. 

sebab aku x aktive sangat :) sekarang baru nak aktive :)

happy blogging jyeahh ! 

Segmen : "Tolong Review Blog Saya" By Ieqa Halim


nk join? tekan bnner diatas k korang :)

nk komen ckit tentang blog kau wahai cik ika halim.. hehe.. bagi syblog anda kemas super ohsem macam blog sy *perasan betul.. tetapi kenapakah blog anda wana klabu? heii menyebok betol suka hati dea lah nak buh wana apa pon. hehhe.. kalau ubah warna sikit nmpak akan lebih ceria kot :D mahap la kalau jenaka sy ni membuat usus besar anda berasa ngilu,sekadar cadangan je tu hehehheikk :D

Wednesday, May 30, 2012

SEGMEN CIKMUN : komer tanya , cikmun jawab !


join segmen lagi.. rajin kan aku join segmen walaupon aku tengah sedih sekarang. sebab gado dengan bf. sedih gila babi ! berjurai jurai air mata plus hingus! srettt srett! soo, malas la nak pikir makin pikir makin jahanam aku jadinya . soo untung menghiburkan hati aku yang lara ni aku nak join la segmen cik mun kita yang comel ni. 

tarikh tutp nya 31/5 tapi aku rasa sempat lagi kot.. haa ada lagi setengah jam.. ssoo pulunn !

cikmun nak tau eh nama blog kita? senang jer.. Syuhada Nasya :)

haa skrg aku nk tanya cik mun pulak.

saya tengok blog cikmun penuh dengan manusia manusia yang dipanggil follower, mengapakah begitu ramai dan apakah tips yang cikmun pakai? kahkahkah ayat kemain lagi aku.

tu je la kot yang nk tanya hihii :)

tag kat semua yang baca ni.. nk tag sorang2 macam xsempat dah ..
agak2 cikmun terima tak :(

segmen : up followers blog dan twitter


hi, join segmen lagi yang ke berapa entah .. huhuu

blog : nuramirul.blogspot.com (912 follower)
twitter : @nasyaDaughter  (530 follower)

Tag :

DONE !

Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.


hi orang, aku join segmen dari chegu along .. ehhh asal tajuk segmen tu ? saya tak hot. tak nak jadi hot pon, soo saya saja sukasuki menjoin senmen ini tanpa segan dan silu :D

jom mengerat kan sillaturahim sesama blogger :)

TAG:

haa.. ni yang aku suka ni..

Assalamualaikum !

suka 1 - setiba di rumah baru, wahh best sangat ! best sebab apa? sebab dapat rumah atas skali. tak ada lah orang pecah masuk rumah macam rumah bawah dulu.. lagi sebab rumah atas sejuk.. tak payah pakai kipas pun rasa sejuk dah. cool gila babi ! lagi, kawan kawan dan adik angkat suma best dan sempoi.

kak zana, salwa, tasya, fara, niza zura dan azie. kami dok 8 orang.


fara gonda, ni adik saya.. :)


yg ni pon adik aku, tasya..


ni pon adik aku jugak.. salwa :)


zura.. adq jgak :)



azie.. bff aku .. kawan sebantal.. haha 


niza,, adik aku jgak.. 
dea seorang model sambilan :)


tu je la pic housemate aku, yang lain tak dijumpai pulak fb beliau haha. adik adik ku sekalian .. walaupom korang ni bising tahap singa kelaparan tak makan setahun tapi kak syu tetap happy duduk bersama korang.. lebih lebih lagi dak tasya yang selalu gelak seperti orang kerasukan. haha

hah akak? terasa tua la pulak dorang panggil aku akak. aku baru 20 tahun la weiii.. 20 tahun okay.. bukan 25 tahun haha.

suka 2 - waktu kelas yang ohsem. semester 5 ni kelasaku hanya ISNIN dan JUMAAT sahaja ! isnin kelas pagi.. jumaat pulak full pagi n petang. fuhh sedap gila kan macam tu. soo boleh la aku cari kerja pert time. huhuu..

apa apa pon aku harap rumah baru ni adalah rumah yang terkhir untuk tempoh aku belajar kat sini. aku tak nak berpindah randah lagi. hahaa serikkk.


thank sudi baca :)

yang penat menaip
syuhada nasya



Sunday, May 27, 2012

habis sudah cuti semester 4

Assalamualaikum !

selamat petang... hoi hoi korang, buat ape tu ha.. tengah skodeng ehhh.. acctually aku baru je balik dari kenduri rumah Nadia, kakak dea nikah. tak jauh pun dari rumah aku. soo tak payah nak mengada kata penat bagai. huh!

hari ini ialah hari ahad, maknanya hari ini ialah hari pengahabisan cuti aku setelah 3minggu lamanya aku mencipta lemak lemak tepu di perut, muka, leher dan pinggul dengan jaya nya. rasa macam tak percaya yang hari ni ialah hari yang last aku dirumah mama. malam nanti aku kena dihantar ke Cherry Apartment tu. malas  sebenarnya.

rasa berat hati nak tinggalkan rumah <--- ayt macam nak pergi selamanya sahaja. = ='' memang sangat berat. rasa payah nak pikul rasa beraat ni. masih ingat lagi kata kata ayah kat aku.

" kalau ada sue senang sikit , tak ada lah ayah kelam kabut kat tempat niaga "

ketika orang tua memerlukan bantuan kita, kita pula tak boleh tolong. ya allah, ringankan lah beban yang engkau berikan pada ibu bapaku ini ya allah. sebak pulak rasa hati ini :( sobss.

ayah dan mama, kakak mintak maaf sebab tak dapat nak tolong ayah mama lagi. tapi nanti kalau kakak balik cuti nanti kakak akan tolong ayah dan mama. kakak janji. kakak tahu mama ayah kuat nak harungi semua ni. kakak harap ayah mama tabah k. kakak sayang ayah mama. doakan kakak dapat pointer tinggi nanti k.

kakak sentiasa doakan mama ayah.. amin

yang penat menaip
syuhada nasya

Saturday, May 26, 2012

pindahh lagi..

Assalamualaikum.. !

ahhhh ! lega sungguh dapat baring di katil empuk bilik aku ni yang sudah satu hari aku tinggalkan. tu baru satu hari kalau sebulan dua bulan tu macam mana pulak kan? lega sikit sakit urat sendi sendi badan ni tengok katil umpuk ni. sejuk mata memandang walaupun bilik.... urmm hanya mama je yang tahu aha.


sebenarnya semalam aku pindah barang dari rumah lama ke ruma baru. rumah lama kat bawah, dan rumah baru pulak kat atas. tingkat 4. aku perlu angkat semua barang barang aku naik ke atas. seperti katil bujang, tilam, pinggan mangkuk, almari 2B, baju, gas, dapur. dan tak lupa juga tivi. haha melampau kan ? ye itu adalah barang aku. mesti la aku ambil balik kan? selapas keluarkan barang, 50%  daripada ruma tu dah jadi kosong. hmm kasihan kan dorang semua nanti.

tapi tak da la rasa penat sangat sebab ada pertolongan mama, adik adik, ayah dan mylove haha. so sweet. :D

maaf la kak awa, anis, kak sya, bella dan siti, syu memang tak bole tinggal situ dah. lepas lappy syu dan lppy anis kena rembat, baju azie kena curi, syu dah tak berani nak duduk dalam rumah tu, syu takut. tapi jangan risau, duit sewa syu dah bayar dah pun. tinggal duit api air je belum untuk bulan ni sebab bil tak sampai lagi kan.

nasihat kepada korang yg membaca.. dont trust sesiapa k.. percaya tu boleh tapi jgn 100%. kadang kawan yang koita percaya tu sebenarnya tak leh percaya :)


yang penat menaip
syuhada nasya

Wednesday, May 23, 2012

kena langgar depan mata .. sobbs

Assalamualaikum !

korang, aku nak cerita kat korang ni.. sesuatu yang berlaku depan mata aku sendiri.. amat tragis tau tak. rasa nak nangis tapi air mata tak keluar. nak paksa jugak tapi tetap tak leh keluar. kenapa ha?

tak. macam ni senanya, semalam aku tolong mama ayah aku niaga. dalam petang tu aku relax jap, aku pandang la sekitar kawasan jalan raya belakang tempat ayah mama niaga tu. aku nampak ibu hanjeng wif anak hanjeng, anak hanjeng tu maybe dalam dua or tiga bulan. kecik tonet lagi uhh. comey au au !

dua beranak tadi tu dok kehulu kehilir lintas jalan, bayangkan kat jalan raya yang besar tu yang ramai dengan kereta tu dorang boleh main main bergurau senda dan bercanda di tepi jalan. ewah ! korang ingat aku tak risau ke ha? walau pun tu hanya hanjeng but aku sayang suma binatang.. terutamanaya kucing hehe.

selepas itu, ibu hanjeng tu nak lintas jalan. dea terlupa nak bawak anak dea tu sekali. anak dea tu jalan terkedek kedek macam itik pulang petang! yelah bisalah kan baby lagi kan. mesti jalan slow ! haha..

masa anak hanjeng tu nak intas jalan ikot ibu dea, aku dah agak dah yang mesti anak hanjeng tu akan kena langgar dengan kereta putih tu. aku rasa kereta putih tu dah perasan anak hanjeng tu tengah melintas sebab jarak jauh lagi.

dalam berdebar debar tu aku perhati je apa akan jadi dengan mama and ayah. then, pomm ! anak hanjeng tu kena langgar. meletup bunyi nya. semua orang tengok time tu. tapi xda sorang pon nak tolong  !! then, anak hanjeng tu kena langgar untuk yang kedua kalinya. kesian :'( lepas tu ayah p kat anjeng tu ayah angkat then ayah letak ke tepi jalan. memang sebak time tu weyh ! rasa nak nangas tapi ayo mate ni ha idok keluor !

mama pulak tak nak tengok, sebab mama ni jenis yang penakut sikit, bukan takut apa, mama ni kesian kat anak anjing tu. ehh.. anjeng tu hidup lagi, ayah kata mata sebelah tersembul. perut lebam. lepas 15minit anjeng tu jalan jalan jatun .. sampai lah dea mati disitu :'( sedihnya

kalau lah anjeng tu halal memang aku dah bela bawak balik rumah dah. aku tak kira. hukhuk..

sedih tak ? haip ! cakap sedih cepat.. cepat ! haha .. ok la .. ini je la nk di kongsi kan .. :D

yang penat menaip
syuhada nasya

Tuesday, May 22, 2012

masa kecik kecik dulu || tak da kawan

assalamualaikum <3




tak tak, gambar diatas tu gambar aku masa sekarang, bukan mase kecik. masa kecik aku lagi lawa. haha sila jangan meluat. = ='' ye, dalam umur aku 20tahun sekarang ni aku rasa macam best sangat. best sebab ada ramai kawan taulan, ada sahabat baik, mama ayah yang tak garang macam singa darat dulu dulu.

masa aku kecik kecik dulu dalam darjah dua or tiga aku memang tak banyak kawan. pergi sekolah sorang sorang naik ven pakciik amik depan rumah. sampai sekolah duduk kat kantin termenung sambil tunggu masa untuk beratur masuk kelas. gila stess aku time tu.

bila waktu rehat mula aku salu je susah hati. sebab aku tak ada kawan nak rehat sama sama. dalam hati lebih baik aku pergi kelas nurul(sepupu aku) boleh aku rehat dengan dia. okay aku pergi kelas dea lepas tu aku tengok dea tengah jalan sambil kua kelas dengan sutinah. 
aku: weh nurul, jom kita rehat sama sama"
nurul: urm ok lah jom" cakap macam terpaksa
aku: gembira ..

 nak jugak rehat dengan aku walaupon terpaksaa. masa kecik aku bukan tahu apa. asik pk nak kumpul kawan banyak banyak. dulu aku salu pk kalau perempuan ada ramai kawan atau pon pengikut mesti dea tu cantik dan anak orang kaya. korang ada rasa macam tu tak? kan? haha.

memang bosan bila life macam tu.. salalu je terkontang kanting.. macam sedih je kan bunyi nya tapi dari situ lah aku belajar yang mana satu kawan masa senang dan mana satu kawan masa susah.

tapi tu cerita dulu dulu.. masa bebudak dulu aku tak lawa kot, selekeh, yelah aku bukan dari golongan keluarga yang berada, aku cuma dari golongan keluarga yang sederhana je. tudung, baju , kain, kasut tu memang wajib pakai 3tahun.. selagi tak koyak memang kena pakai.. berjimat lah kata mama ayah ..

tapi sekarang aku dah besar .. jyeahh aku dah bermur 20tahun yer. aku boleh beli apa je yang aku nak. dengan duit aku sendiri, usaha aku sendiri. sekrang aku dah pandai bergaya (sikit) haha.



tembam !





Monday, May 21, 2012

Elfira Loy Duta Baru Maybelline New York Menggantikan Liyana Jasmey


Elfira Loy, usia baru je 18 tahu setahun jagung tapi dah pun jadi jurucakap bagi jenama soleka antarangsa, Mybelline New York menggantikan Liyana Jasmay. huh.. jeles pulak aku. kenapa dorang tak bagi aku je yang jadi juru cakap? haha  aku memang suka cakap cakap ni..

over pulak, kang hancus produk beliau, haha


cantik kan dea ni, katanya dea jarang keluar pakai mekap. Tapi, kat bahagian mata tu dea mesti solek. eh sama la dengan aku haha. dari mata turun ke hati kan. =='



“SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN”


hi .. join segmen lagi.. huhu.. jom bw :)

nk join?
klik bnner di atas k ?

maceh :)

Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool


join segmen lagi hehhe
best nya ...

nak join x?

tekan banner kat atas tu k :)
maceh !

Segmen : Follower Pilihan Niera



nk join?
klik banner di atas :)

SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST KORN



nk join bloglist korn ?

sila tekan bnner di atas :)

terima kasih :)

Demam.. hey saya demam ni !!

Assalamualaikum <3




dalam dua tiga empat lima hari ni kesihatan aku tak menentu, kejap demam kejap sihat, kejap batuk, kejap selsema. kalau batuk, dalam sehari tu kalau tak batuk 5ribu kali tu memang tak sah la hoi.

sebenarnya, aku ni suka sangat minum ais, sehari kalau tak minum ais memang bukan aku. ye lah, korang kena faham yang aku ni peniaga, berniaga pulak pada pukul 2-7. tak ke panas tu. mana nak mengadap kuali lagi. maybe sebab tu kot aku dapat batuk ni.

batuk aku ni semakin hari semakin teruk. walaupon baru empat luma hari tapi aku rasa semakin hari semakain teruk. walaupun aku dah berhenti minum ais. bertambah teruk.



malah, aku bukan kena batuk je, tetapi sakit tekak. semalam, aku bangun dari tidur  terus suara jadi ala ala ella, rock gitu. nak telan air liur pon aku rasa macam ada biji ke dalam kerongkong aku ni. rasa gatal yang teramaat sangat.

batuk pulak rasa macam nak terkeluar seluruh isi dalam perut aku ni. segalaa paru,hati, ginjal dan sebagainya macam nak berebut rebut keluar. sadis kan? = =''


paling merimas kan bila time niaga, time nak bagi cstomer kuih, boleh pulak aku batuk depan dea. adoi. ape lah. tapi nak buat macam mana, tekak aku memng betul gatal time tu. kalau tak aku pk nak aja aku duduk rumah sebab tak sihat. tapi aku pk kesian pulak kat mama ayah tak da sapa yang tolong. hihi

macam macam ubat ayah beli tapi still tak memberi kesan. cehh ayat macam dah bertahun tahun batuk tak sihat haha.


ni ubat yang bnyak berjasa pada aku, tapi rasa lega nya sekejap je.. lepas tu jadi balik. duhai.. rasa ubat batuk tu rasa vanila cokelat. 5x sari aku minum. haha over dose tak pasal pasal -..-''

esok nk p spital dengan mama ayah.. sebab satu rumah mengalami yang sama hahaaa.

tq sudi baca

yang penat menaip
syuhada nasya 

Sunday, May 20, 2012

"Segmen: Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Ain!!!"


jom join beramai ramai :)

heheh

Segmen Ieka Jom Terjah Blog Saya !



hi reader.. aku join segmen dari cik ieka ni..

hi ieka, jom terjah blog saya ni, blog ni tak seberape, sebab kenapa ieka kena terjah blog sy sebab sy nak kenal cik ieka n blogger blogger lain untuk merapat kan silaturrahim.. hihi .. hope ieka sudi la terjag blog sy yg kudus ni selalu yer ! <3
tq :)

segmen : blogwalking dan follow by nurul aisyah

nk join? klik banner k :)

tag semua yg baca blog ni :)

join taw !

Friday, May 18, 2012

kali pertama pakai masker :)

Assalamualaikum ! hi there !



Ini kali pertama aku beli, pakai dan try masker. Macam ada satu perasaan yang menarik untuk aku beli masker ni. Sebenarnya aku tertarik nak beli masker ni sebab aku ada baca blogger kak zowi pakai. Dea pakai macam best je so aku nak try pakai lah.


punya lah gedabak biji mata beliau.. cantik sgt sgt tau .. suka!
ehh kak zowi, mahap la ya cheq pakai pic akk ni.. hihi 
mintak ampun = =''

tak kenal beliau? boleh klik gmbar bliau untuk ke blog beliau heh




Sebab keduanya ialah semalam bf aku datang rumah hantar baju kat aku, dea cakap aku makin hitam. Maksudnya bukan nya hitam macam arang tuh tapi gelap sikit lah. Yelah kan, aku kan setiap petang pergi berniaga tolong mama ayah. Sebab tu lah kan berjelaga sikit muka aku ni.


Dikesempatan itu lah pagi tadi aku dengan mama, ayah, cik yang,dan cik nyah pergi tesco. Sementara mama beli bawang, ayam dan sebagainya, aku dengan cik yang dan cik nyah masuk watsons. Jyeahhh ! tempat yang aku suka kunjungi dan tempat ini juga lah yang perabih kan duit dahku -..-‘’


Aku beli Milk Extract Brightening Mask. Sebenarnya banyak lagi mask yang ada kat situ tapi aku rambang mata, tak tahu mana satu nak beli. So aku amik je lah mask yang ni sebab mask ni ada vitamin A, B, E dan mineral dan lain lain . haha lain lain konon, padahal malas nak taip.




sebelum pakai : kulit nampak mcm kusam, kering , tak bermaya dan pori pori tertutup tersimpul malu.. 

selepas pakai : dekat paket tu suruh pakai 20 - 25 minit je, yang aku bantai pakai sampai sejam .. sebab tertidur haha .. lepas pakai tu kulit rasa lembab, licin.. kulit jadi cerah sedikit ( nk cerah bnyak sila la pakai hari hari ye, tapi x elok sgt pakai hari hari.. 2kali seminggu pon okay :)

pandang cermin,, tengok muka.. "wah kenapa muka aku macam berseri seri je.. glowing lah ! " #pengsan

masker tersebut buatan taiwan :)

yang penat penaip
syuhada nasya


segmen : AKU NAK JADI BLOGGER FAMOUS


ok hari ni, malam ni aku join satu segmen dari cik adik aini. nk join? klik link di atas ye?

wahh, tajuk segmen tu macam gempak je kan.. sape lah aku ni nak jadi blogger famous, cukup la aku jadi blogger suam suam kuku je haha.. 

nama blogger : syuhada nasya

jumlah follower yang aku idamkan? : urmm sebenarnya tak pasti.. 20000 pon dah okay.. wah 20000?  haha amekau.. nak femous sgt kan = ='' . apa yang penting aku nak ada pembaca setia blog aku ni. buat apa kalau ramai follow tapi tak da yang baca. macam syok sendiri je kan? okay.. panjang pulak kan ..

aku tag : scha .. nadia .. eca

Tuesday, May 15, 2012

Sabar.. Sabar.. Dan Sabar..

Assalamualaikum <3



blog usang, berdebu, bersawang.. sebab dalam seminggu dua ni aku tak update ape2 pon kan. kalau ada pon segmen je. bukan tak ada idea, idea banyak datang bergolek golek cuma kekangan masa je aku nak update. kalau bukak blog pon aku cuma approve komen and bw blog orang je.

sebenarnya macam macam aku nak kongsi kat korang, sedih.. gumbira.. duka.. ketawa.. nangis.. sakit hati.. dan macam macam lagi tapi aku tak tahu nak mula dari mana. haha. poyo je kan, macam la ada yang nak baca blog aku ni. hihi

selama aku cuti sem 3 minggu ni aku ingat nak kerja kat AEON yang baru bukak kat pengkalan tu tapi cuti cuma 3minggu je kan.. ada ke yang nak amik aku kerja 3 minggu? huhuu.. so.. aku tolong mama berniaga je lah kat rumah. senang.. nak balik bila, nak makan time kerja pon boleh haha.

korang tahu tak, berniaga ni memang banyak dugaan yang melanda daku T_T..

yang pertama, panas. walaupon dah ada atap kat situ tapi aku still rasa panas. dah mandi rasa macam tak mandi je. almaklum lah, ayah niaga start pukul 2-7.. memang panas lah. alah.. panas dunia,, panas akhirat lebih lagi lah kan.

lagi lagi tugak aku potong pisang, gereng pisang, goreng cucur pisang, cucur ikan bilis, dan goreng cakai. memang kena sentiasa duduk depan kuali panas lah. lebur tangan aku, habis kena minyak panas haha.. dugaan betull haihh

yang kedua, ramai pelanggan. bila ayah mama p solat asar aku akan duduk sorang sorang jaga kedai tu. aku lah yang kena take over kedai tuh. pukul 5 keatas memang ramai orang. sampai aku tak menang tangan dibuatnya. ada yang suruh buat air, ada yang nak beli nasi lemak. mana satu aku nak bagi dulu ni. crowded sungguh.  kemlam kabut aku dibuatnya.

kalau datang sorang demi sorang tak pe, tapi datang sekali gus ramai gila bapak. macam aku jual vcd haram je heh. xda lah ramai sangat haha ada lah dalam 7-8 orang. PakCik Saleh nak ais oren, PakCik Isa Kering nak ais anggur, PakNgah nak teh tarik. dalam hati aku, ya allah, cepat la sikit ayah mama balik.. T_T

walau bagaimana pun, customer is always right kan, tak boleh la marah maran, and mengeluh ramai custemer sebab customer lah yang beli jualan kita. kalau tak da customer sapa nak beli? kan. Rasulullah pon bernah bersabda 99% dari pada pendapatan adalah berniaga. :)


dulu masa kecik kecik aku salu pk alah kerja niaga ni senang je lah.. apa susah, buat buat then jual.. apa susah? tapi tekaan aku meleset sama sekali. bila aku dah merasai sendiri alam berniaga ni macam mana, ya allah, macam ni ke yang mama ayah lalui selama 10tahun? begitu perit tugas ni untuk bagi anak anak makan sesuap nasi. dengan panas terik, minyak panas. hmm :'( semoga aku tabah macam ayah dan mama.

tapi best jugak berniaga ni. boleh tengok ragam manusia. macam macam jenis manusia yang aku jumpa. macam macam perangai. ada sorang makcik tu sampai nak nangis bila nasi lemak yang mama jual dah habis. tu lah sapa suruh datang lewat.. hehe.

ehh, panjang pulak entry aku kali ni. ye lah kan, dah lama tak menaip panjang lebar ni hehe. ok lah aku nak tolong mama buat kuih ni.. dah lewat sebenarnya. :)

yang penat menaip
syuhada nasya <3

Saturday, May 12, 2012

segmen : saya blogger universiti dari...


aku join segment ni,,

aku pelajar dari Taj International College at ipoh, Belajar dalam jurusan Diploma In Beauty Management. 

selamat bersegment :)

Friday, May 11, 2012

B E A S T !

Assalamualaikum !



beast. korang tau tak apa itu beast? ha tau kan ? bagi adik adik yang di bangku sekolah mahupon bukan di bangku sekolah pon amat meminati beast ni. bukan BEAST je malah banyak lagi band band K-POP yang korang minati kan?

aku bukan nak cakap apa lah kan cuma aku tak berapa minat sangat la dengan band band k-pop ni. kalau korang nak tau, adik adik aku fiyy,fea, n putri ni adore sangat dengan beast ni. kenapa eh?

aku rasa lah kan. dorang suka sangat beast ni sebab muka dorang jambu jambu kot? lagu pon ada la yang sedap jugak macam easy, fiction, say no, tu je lah kot yang aku tau. macam mana tak tahu nya sebab dah 24jam adq aku dok pasang lagu BEAST. 24jam ok!  macam dah kena pukai je.

" korang minat sangat dengan natang korea ni ape hah? bukan nya dorang KENAL korang pon! korang je terhegeh hegeh nak puja puja sangat dorang. " kata kata aku ni disokong oleh mama. haha

" betul cakap kaka ni, g la buat benda faedah cikit, tolong mama ke, basuh pinggan ke. ini 24jam ngadap benda yang melalaikan " tambah mama. haha

nak minat boleh, tapi jangan terlampau sangat sampai semua benda tak boleh buat, dak dak beast ni buka nya kenal korang pon. lagi satu, korang faham ke apa dorang cakap? kalau korang faham aku tak kisah, dengar la sampai lebam pon. tapi korang tak faham satu jadah pon. kalau saranghae, oppa, unni, bo, araso, tu aku pon tau, ahha.

kadang aku sampai bertekak dengan adq2 aku whay la dorang ni minat sangat ! aku tak faham ! dan dan aku tak nak faham ! haha. dah la tak faham. mana la tau kot kaot dalam bahasa dorang tu ada yang mengagungkan agama dorang, korang pon ikot nyanyi.. kan parah tu ?



memang tak dinafikan dak gi kwang ni menag comel ! 
bibir besar ! haha

kepada yang penggemar dan menggila k-pop, sorry lah oke kalau korang terasa dengan apa yang aku tulis ni. ni pendapat aku. skorang nak minat sesiapa pon tu hak korang kan ? alololooo jangan tacing tacing k. ahahaa 


yang penat menaip,
syuhada nasya

Monday, May 7, 2012

contest ke2 hazwan hairy


assalamualaikum <3

hi korang .. now aku nak join contest yang ke dua oleh bro hazwan hairy

saya suka membaca kerana bila membaca akan lebih banyak pengetahuan yang akan saya dapat. so, pada sesiapa yang tak suka menbaca tu memang sesangat lah rugi.. rugi berbenor ! haha !

jom join beramai. hadian berjumlah hampir rm70 menanti anda .

mimpi buruk

Assalamualaikum <3


hari ni mood aku tak berapa ok, malam tadi aku dapat mimpi buruk. sampai kan dalam mimpi tu aku nangis nangis bagai nak rak. rasa sedih sangat. bila bukak mata tengok tengok aku betul betul nangis, mata aku basah. hmm

apa perasaan korang kalau korang mimpi orang yang korang sayang and cinta sangat kawen dengan perempuan lain? demm gila kan? rasa nak tampo tampo je muka perempuan and laki tu. but mimpi mainan tidur kan? or mimpi akan jadi kenyataan?

ya allah.. adakah ini petanda yang dea bukan milik ku ? ya allah, sesungguhnya aku amat menyayanginya.. kerana mu ya allah. berikan lah yang terbaik buat aku. :'(

Saturday, May 5, 2012

Berjimba Jimba

Assalamualaikum <3

bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi, tapi Syuhada Nasya menyangkal habis habisan. beliau bangun pagi terus bukak BLOG, PESPUK, dan TWITTER. dengan tahi mata bersepah melekat lekat eyy eyy teruk punya perangai. anak sapa la ni, jangan salahkan ibu yang mengandung -.-'


eh eh kalian nih, macam lah kalian tak macam tuh kan, haaa baik ngaku baik ngaku.. eyy eyy. semalam lepas balik berjimba bersama Gundawara a.k.a my manterus tido tak mandi mandi. tido dari pukul 6 petang sampai lah pukul 1pagi, then bangun makan terus sambung tidur balik sampai pukul 8pagi tadi. wah  kemain santai punya hidup. 

hikhik, sila jangan menjengkil kan saya, saya tak bersalah T_T

kome tahu tak tahu tak tahu tak semalam kita orang pergi mana? taknak tahu? ala nak bagi tahu jugak, semalam kite pergi AEON lah teman teman. berjimba jimba sambil makan ke ef si (kfc). hikhik suka nya kita sebab makan ke ef si tanpa mengeluarkan se sen pon. hakhakhak. dah lama tak makan ke ef si tahu tak, yang las pun masa I kaya raya dulu *pernah ke kaya raya? pentipu!


makan dinner plate untuk lunch. niat di hati nak makan tiga tiga tapi baru je makan seketul dah kenyang, tu la tamak lagi kan, syu makan satu, bf makan satu, yang satu lagi bawak balik rumah untuk mama.

muka bahagia bila dapat minum pepsi-..-'


lepas makan makan tu pergi jalan jalan. satu AEON tu syu pusing sampai bf syu letih haha kasihan betul dea tu.

dea demam. tp kta pksa jugak dea jalan :(
                                             

tahu x berapa harga baju kat atas ni ? ha tengok gmbar bawah 

mahal gila bangang

see. mahal kan ? memang mahal.. thats y dorang suruh buat member card. yaktu J CARD,  dapat potongan sebanyak 70% beb ! ye 70% . #pengsan senah.

malangnya, pergi AEON dikala duit tak ada ni memang sakit hati, makan hati tahu tak. macam macam kedai sue masuk, nak itu nak ini.. masuk watson, guardian, caring, sampai tangan kena tarik lah dengan bf. dea tak bagi masuk haha.. kasihan lah diri ku ini. baju kat sana cantik cantik senah oii. terjojol bijik mata tengok baju comel comel. hikhik.


natijahnya, kalau nak pergi mall harus la mempunyai duit. paling kuman pon rm50. kan ? kalau tak memang haru dibuatnya.


renung renungkan dan selamat beramai.. eh beramal.





Thursday, May 3, 2012

Pesbuk facebook

Assalamualaikum

mama ku yg gejes.. aww 



si mama : kamu 24jam asyik online je, ate bagi la mama online pulak! 


see, mama pon dah pandai sekarang ni nak online sekarang ni, main pesbuk. kalau tak dulu asyik pandang rendah ke kat aku. tiap hari bebel kat aku tapi sekarang ni bila dah buat pesbuk kalau sehari tak online asyik nak marah marah je. sobsob 

ratu syuhada bersama mamanya ratu salima . ewah



si mama : daripada kamu bukak pesbuk tu lebih baik kamu tolong mama masak kat dapur ni haa, lagi banyak paedahnya, kamu yang pandai masak nanti!


dulu, sebelum mama ada akuan pesbuk, selain memasak dan buat kuih, tivi saje lah yang menjadi peneman dihati mama dikala sunyi dan sepi. tapi hari ni lepas mengenali pesbuk, selain memasak dan tengok tivi, pesbuk menjadi pilihan utama mama. 


lebih lebih lagi bila dapat tau cik nab belakang rumah ada pesbuk, mama pon nak jugak, memang tak nak kalah oii. (n_n)'' ye lah kan, sekarang ni zaman moden, sape yang tak tau IT ni memang rugi lah. mama salu pesan kat kami :
  • jangan online sampai tak solat
  • jangan online sampai tak tidur
  • jangan online sampai tak study
  • jangan online buat benda yang bukan bukan

sesungguhnya online tu banyak melalaikan manusia. banyak keburukan melainkan pandai mengguna kan nya. batul tu cakap mama. point point kat atas tu semua kena kat batang hidung aku sendiri.


camera tak clear :(



Wednesday, May 2, 2012

to my ex


and now


tengs sebab ajar saya erti cinta, erti rindu, erti kehilangan, erti pengobanan
tengs juga sebab bagi saya singgah kat hati awak walaupun sekejap.
sekarang saya dah happy dengan si dea..

doa kan saya selamanya bersamanya.

tq wan, faezwan and ayie 
my ex ku

from my heart
syuhada nasya


anjing yang baik hati

Assalamualaikum.

to day i would like to talk about dog. ececeh dak syuhada ni dok cakap omputeh kemain lagi yer. ye hari ni syu nak kongsi sedikit cerita mengenai anjing kat korang yang syu rasa patut dikongsi. yer anjing, buka kutu bukan babi bukan babun dan juga bukan meaw meaw empunya tuan blog. harap maklum ye maklong.




"haa ni mesti dak syuhada kena kejar dek hanjeng nie kan?"


"tak tak, tekaan anda meleset sama sekali. tolak 5markah. " -..-''




ekceli, cerita real ni di alami oleh si mama. 




a few days ago, syu balik dari rumah sewa sebab cuti semester selama 3minggu. yeay hooreyy! best nya cuti tiga minggu, boleh update blog kesayangan syu ni bebanyak sampai ketumbit biji mata korang membacanya. kejam >.<'' tak pun boleh melantak setiap minit tanpa halangan. tak pun tidur 28jam kali sehari sampai berpeta peta bantal kesayangan si mama.*hmm bantal sendiri tinggal kat rumah sewa ekceli, lupa nak bawak.


dah dah, sila berbalik ke pangkal jalan yer.

seperti yang korang tak tahu, si mama syu ni kerjanya berniaga, buat kuih ebeli taim. celik je mata beliau terus buat kuih, pendek kata ebeli de minit mama buat kuih. ehh malam tak la, ko pikir mama ku ini mesin pembuat kuih ke ape? haih -..-

ramai yang mengata kan kuih mama begitu ohsemnya digilai ramai. lebih lebih lagi bihun dan nasi lemak beliau. lebih ohsem dari kuih kuih kak senah kampung sebelah nun ha. berbangga dua minit.

nak dijadi kan cerita, suatu hari dalam pukul 3 kot kalau tak silap mak jemah sebelah rumah la kan, mama nak hantar kuih ke warung si ayah. time tu panas, yeah panas terik kemain sampai berpeluh peluh. *macam aku je yang alami. mama pon bawak payung nak antar kuih tu, tiba tiba dengan tak semena mena nya ada seekor anjeng yang selalu je ada blakang rumah telah mengikut belakang mama.

kalau syu lah kan syu dah lari tak cukup tanah. mama dengan hati yang bergoncang tadi terus ingat kata kata ustaz dulu

"kalau kita tak nak anjing kejar kita, kita kena  panggil dea KATHMIR, kathmir adalah nama seekor anjing dalam kisah pemuda al-kahfii yang sangat setia pada tuannya, mati pon disisi tuanya yang ditidurkan oleh allah s.a.w selama 1ribu tahun"


mama pon panggil anjing tu dengan nama kathmir, anjing tu datang dekat mama dan anjing tu terus berdiri separuh dan pegang pinggang mama. mama terkejut mama terus jalan laju, anjing tu ikot bawah payung mama, macam berjalan seiringan la. ececeh so sweet. ahah!


semenjak hari tu anjing yang mama panggil kathmir tu be nice pada mama. yang pelik nya kalau orang lain lalu dea akan penyalak, tapi mama tak. kawasan belakang rumah syu tu ramai yang tak berani lalu sebab dah beberapa orang kena gigit. fuhh.. lepas tu mama salu bagi dea roti, wahh anjing makan roti la.


cerita ni betul, anjing ni salu je tunggu mama kat tepi kedai sebab dea tau mama akan bagi dea roti. ya allah, allah maha besar kan. sungguh bijak anjing tu. soo lepas ni kalau korang alami situasi yang sama macam mama syu ni panggil la anjing tu kathmir, insyaallah dea tak gangu korang. wallahualam :)