Wednesday, March 28, 2012

Entry Untuk Ayah

♥ Assalamualaikum  



"assalamualaikum ayah, malam ni boleh tak hantar duit sikit kat kakak, kakak dah tak ada duit ni :( "


text dengan ayah harus lah dengan sopan , dengan harapan ayah akan bersimpati.. tapi malang nya langsong ayah tidak bersimpati sedikit nye pon. sobsob -..-'. semalam pukul 9pm aku text ayah aku tapi haremmm ayah nak balas, tak da kerdit lettuww :')


setelah berjanggut janggut tunggu,  pukul sepuluh baru ayah balas text aku tu.. haishhh baru top up la tuuuu .. kredit pon tak cukup la pulak nak call.

"pukul sepuluh lebih, lepas ayah ambil sarah tuisyen ayah datang" kata ayah

pukul sepuluh tiga puluh ayah datang dengan mama, rasa kerinduan yang teramat sangat, terus aku peluk mama ayah dengan eratnya, macam tak jumpa setahun, padahal bru ja jumpa minggu lepas. dalam tengah pelukan tu tetiba cik abang datang dengan motornya. cehh spoill. aku tengah dok feeling feeling macam ni cik abang pulak datang,-..-''


"haa elok la da datang, jom makan sama"  kata ayah pada cik abang.

tetiba je ayah ni, haha okay tak pa lah ayah belanja makan ..  ekceli aku da dua hari tak makan nasi. eh aku tak diet, gila apa nak diet kalau berat badan hanya 43kg? aku tengah berusaha nak  naik kan badan sikit, dalam 48 or 50 pon jadi la. hammm pleaseeeee T_T



lepas makan makan semua, ayah hantar aku balik.. aku ajak ayah jalan2 tapi ayah tak nak, ayah penat katanya.. hmmm ok aku faham ayah penat. its okay. majok majok ! memang best la semalam, kalau ada adik beradik aku yang lain lagi best. hmm rindu sangat detik detik berkumpul bersama sama.


ayah, kalau ayah baca apa yang kakak tulis ni, kakak nak ayah tau yang kakak sayang ayah sangat sangat. sangat sangat sehingga ke titisan air mata yang terakhir. cewah! ayah tahu tak, kehidupan kakak kat sini penuh dengan pancaroba dan liku liku kehidupan. perit bebeno sangat ayah, hari hari kakak makan megi. itu pon makan sehari sekali.


ekceli tak da la makan megi hari2 ada la gujak makan nasi tapi sehari sekali je lah. hmm. sobsob . nak mintak duit tapi takot ayah tak ada duit. tu pon kakak terpaksa mintak sebab kempunan nasik. kalau kakak balik rumah bole la kakak makan masakan mama. tapi kat sini kakak dah macam warga somalia je. huhu. tolong la percaya. :(


maaf kan kakak juga sebab hampa kan ayah. SPM kakak 3 tahun yang lepas sangat teruk, tapi tak ada yang gagal pon. masih boleh masuk kolej yang termurah sekali di abad ini. bangga tau tak !


korang, entry ni bukan entry simpati, tapi entry mintak kaki. hahah cerita ni bukan rekaan semata mata. semuanya adalah benar benar belaka. tiada yang benar selain yang benar benar belaka. okay. maaf entry tak seberapa. penulisan tunggang langgang, langsung tak menarik kan.


terima kasih sudi baca   


syuhada nasya   

Tuesday, March 27, 2012

Suatu Ketika Dahulu..

♥ Assalamualaikum  


suatu ketika dahulu, dalam umur enambelas lapanbelas, time tu memang asyik ingat nak meregek dan melawa aje. datang sekolah mekap putih putih sampai tak tahu mana satu tudung dan mana satu muka sendiri. konon nya nak jadi perempuan yang tarcantik di abad ini. sumpah tak tahan kalau di ingat balik. 


sekarang, dah tak fikir dah putih ke hape ke, yang penting si dea mencintai dahku sepenuh jiwa dan raga. ewahh !


kalau dulu, kejap kejap tengok cermin kejap kejap tengok cermin. dalam beg sekolah wajib ada  cermin bedak compect mama yang dah aku patahkan, lipglos, bedak compect (xda cermin punya), dan celak. celak itu harus untuk mendapat kan mata yang cantik dam menawan. wajib tenyeh tebal tebal untuk mendapat kan hasil yang gojes. ♥ uwww  


 semua bahan bahan tersebut ada lah kepunyaan mama sepenuhnya. mama mesti mara kalau dea dapat tahu yang aku bawak bahan bahan dea  kat sekolah. aku dah dapat bayang kan muka mama tengah marah waktu dulu macam mana. mama suka cubit orang. sakit ouh, bisanya sampai sekarang terasa di ulu hati aku. -..-''


tudung. aset tetap yang penting sekali. dulu, dalam kelas time cikgu senah tengah mengajar kat depan aku dok sebok betul betul kan tudung kat belakang. haa nasib baik aku duduk kat belakang kalau aku duduk kat depan memang dah lama da aku kena. 


sekarang pon sama, kecintaan pada tudung meluap luap apabila melihat pesen pesen tudung zanan sekarang.. tengok tudung tu nak beli, tengok tudung ni nak beli, alih alih tengok dalam purse pulak terus tak jadi nak beli.. sengkek -..-'' 


sekarang, bila tengok balik gambar gambar zaman purba dulu dulu rasa macam nak mengumpat walaupon sedar diri yang aku mengumpat gambar sendiri. tapi entah laa rasa kelakar sangat. terus tak mengaku gambar sendiri.


dulu, sanggup tak makan tigaempat hari kat sekolah. duit yang ayah bagi tiaptiap hari dengan harapan anak nya yang anggun ini tidak kelaparan disekolah aku simpan simpan lama lama jadi bukit bukan untuk beli benda yang berfaedah tapi beli majalah hiburan sebab nak tengok fesyen fesyen terkini dan artis artis yang meletup. hampeh punya anak.. sobsob..


sekarang.. bila da besar gedabak ni ha, sudah boleh fikir bagaimana nak menguruskan wang dengan bijak. pasang niat tak nak boros lagi dah macam dulu dulu. sebab sekarang baru aku tau yang duit tu sangat penting sangat sangat. sebab dulu famly ku tak macam sekarang. haha..


okay la.. dah pukul 5. terasa mengntuk pula diriku ini, mimpi dah memanggil.. terimakasih sudi baca 
♥ syuhada nasya 

Monday, March 26, 2012

Duduk serumah pon nak curi bra kawan ke?

Assalamualaikum 


pernah tak barang barang korang kena curi? pernah tak bra korang, sepender korang, baju korang, kasut korang, tudung korang dan sebagainya kena curi? pernah kan pernah kan? yee.. termasuk juga dengan aku yang pernah dicuri bra oleh rakan serumah -.-'


kisah bra aku dicuri itu masa aku sem 2 taun lepas. biasa la kak kiah oii, perempuan kan kalau dah duduk satu rumah beramai ramai, tau kan macam mana ? macam ikan sardin dalam tin la.. dah la bra tersebut menjadi kegemaran dahku, tetapi telah dicuri oleh makluk yang ganjil yakni rakan serumah ! 


kalau bra tersebut jemur kat luar memang dah sah sah la jantan atau peminat misteri yang ambil tapi bra tersebut dijemur didalam rumah. tak kan jantan juga yang mengambilnya? *garu garu kepala. ohh bukan yang tu sebenarnya yang aku nak cerita. itu cerita lama dan aku dah maafkan sesiapa yang mencuri bra kesayangan aku tu. 


maaf la.. kalau awak awak semua merasakan entry ini agak kelucahan sedikit. sebenarnya bukan ini yang nak aku ceritakan.2hari lepas kalau tak silap nenek aku la kan, kawan aku iaitu anis athirah ada seminar kat pahang semala 3 hari. 




dalam aku dok syok2 online pesbuk tibatiba anis chat aku.
anis : syu.. betul ke laptop anis hilang?" terkezut aku bila dea tanya macam tu.
aku : hah ! hilang? macam mana boleh ilang? 
anis : betul ke hilang ni atau pon korang saja nak kenakan anis?"
aku pon kluar bilik tanya kawan kawan yang lain, menurut kawan serumah aku yang lain iaitu kak awa, *pehal ayat aku skema tak pasal pasal? . anis letak laptop dalam loker beliau den beliau suruh kak awa tengok tengok kan.. lepas balik klas kak awa tengok ada lagi, lapas tu malam tu tengok dah hilang. atototoiiii.. beruk mana pula yang nengambilnya pon?

aku : betul anis, dah hilang, syu dah tengok dah dalam loker anis tak da laptop. yang ada cuma bra, sepender, singlet dan buku bukuan,  anis bila balik?"

anis : ahad.. " jawab sepatah je.. tak da mod lettew!

tamat la chatting kami.. sebelom kes laptop anis ni kena curi, pensel box iaitu kptak pensel kak awa pon telah dicuri. dalam kotak pensel tu ada henset, dan handphone *ouh, heensetn handphone sama eh ?.  ohoii ! time dengar laptop anis hilang tu aku dah jadi takot. adakah aku mangsa seterusnya? atau... jeng jeng jeng,,


lepas ni, aku harus berhati hati.. mana lah tau esok lusa tulat tonggeng, laptop or barang barang aku yang menjadi mangsa. oh no .. tidak ! kalau aku tahu la siapa yang curi tu memang aku korek korek hidung beliau dengan garfu. biar besau lobang hidung beliau !



kita kan duduk serumah.kenapa perlu kita mencuri barang kawan yang lain ? kalau nak pinjam cakap. kami boleh bagi pinjam... tapi, kalau dah pinjam tu jangan la pulak buat harta sendiri pulak. ingat tu .. *pesanan untuk diri sendiri jugak. . moga moga laptop anis dapat jumpa and orang yang mencuri tu terima padahnya.. kawan makan kawan.. itulah dunia sekarang.




sila terbalik kan laptop untuk melihat secara kepuasan. hey ! tudung hitam tu la anis, sebelah tu aku ^_^ comel kan anis ..











macehh sudi baca.. sila sila la komen.. 
syuhada nasya

Sunday, March 25, 2012

Ouh ! Kelas Rambut ! banyak halangan betul lah .. hmm

Assalamualaikum 


petang semalam iaitu ari sabtu 25.3.2012, 2.00pm aku pergi kelas rambut di spa kolej aku. Aku pergi dengan keadaan yang malas sebab tak cukup tidur. dengan muka yang sememeh dan selekeh, eyebag besar hasil aku bersengkang mata berstudy beronline dengan jayanya. 




kalau di ikotkan suku hati aku yang nakal ni memang aku malas nak datang kelas tapi tetiba separuh hati aku yang baik memaksa aku datang ke kelas hari ni. memandangkan separuh hati aku yang baik ni memujuk aku untuk pergi, maka aku akur. k merepek -..-'


selepas aku bersiap siap semuanya, aku pon pergi kolej jalan kaki. ala bukan jauh pon kolej dengan rumah sewa aku, 5minit dah sampai. ingat nak lalu ikot blakang kolej sebab situ dekap sikit tapi selalunya hari sabtu pintu tu tutup. so aku terpaksa la lalu ikot pintu depan, agak jauh jugak la. hmmm.. panas terik pulak tu, tak bawak payung. -..-


sesudah sampai aku kat spa aku tengok semua tak sampai lagi.. hoihoi aku yang malas malas ni pon sampai dulu ini kan korang yang rajin, sobsob.. btw, kelas rambat ni ada 2 slot, pagi and petang. kawan kawan aku yang lain slot pagi, tinggal lah aku di slot yang ke 2. heyy nak berjaya tak boleh ikot kawan sangat. 


aku pon duduk di tempat yang telah disediakan untuk aku. check bag , YA ALLAH ! aku lupa bawak rambut ! adudu.. bukan rambut je aku tak bawak, segala duck klip, segala butterfly klip , segala sikat sikat khas semua aku tak bawak, setting tod pon aku tak bawak. sobsob.. bala bala.. apa la yang aku ingat ni. 

butterfly clip

duck clip..

sikat sikat.. ada banyak lagi senanya




nak tak nak aku kena balik rumah bawak semua barang barang.. dah la panas terik. terpaksa ku harungi jua lautan api ini. bergegas aku berlari lari menuju ke rumah, tiba tiba sms masuk, haishh dari sapa pulak ni, orang tengah kalu kalut ni ada ja yang anta mesej. huh ! 


ouh ! dari abang sayang, terus tak jadi nak marah, terus hati berbunga bunga, terus senyum sorang sorang sambil picit picit fon.. *harus berapa banyak harus yang perlu ad dlm entry ini?* sampai je kat rumah terus berlari masuk dalam bilik, bungkus bungkus barang barang mana yang nak bawak kawen lari untuk kelas, pastikan tak ada satu pon yang tertinggal. okay dah siap. pergi kolej balik..


sampai spa, tengok tengok dorang dah mula cuci rambut, weii apa ni korang tak tunggu aku.. ini tidak adil tidak adil bagiku.. terus keluar lagu yuna.. sudah la, malas nak kecik hati.. T_T sebab, orang yang lambat selalu ketinggalan..  kan .. -..-''

bersama patung ku ~~



tengok pic di atas, amenda yang aku pegang tu?  haa tu kepala patung aku.. siap rambut lagi, untuk pengetahua korang rambut yang ada pada patung tu adalah rambut betul.. sebab tu agak mahal.. mybe rambut orang yang gugur or yang dah mati . eii takut ! 


aku pernah bawak balik rumah mama tapi mama takot, terus campak patung tu dalam almari.. zip terus. haha.. tadi blaja buat curl.. rambut patung tu jadi bahan .. jadi macam gambar kat bawah ni.









tapi tak tahan lama .. sebab belajar je kan .. huhuu .. sejujurnya , aku tak berapa minat sangat buad buad rambut ni, aku lebih mint kepada make up and fesyen .. huhuu.. dah subjek rambut ni ada dalam silibus.. sa belajar je la amik ilmu.. bukan senang kan nak belajar macam ni. dapat peluang kita rebut. tak ada peluang kita cari.. kalau tak jumpa jugak peluang tu kita cipta sendiri peluang tu .. :)



tenkiyu sebab sudi membaca :)
syuhada nasya

Thursday, March 22, 2012

Selamat Hari Jadi Syuhada Nasya :)

Assalamualaikum .


hey korang .. semalam bezday aku (berkata dengan bangganya) 21/2/92. So sekarang ni aku dah 20 tahun 1 hari. <--- statement macam nak bagi semua orang tahu ja .. hahhaaa. Ouhhh terasa sangat diri ini dah tua.  Tapi tak pa la sebab semua orang akan tua jugak kan. hahha..



oh ya, aku baru ja blik dari keluar makan dengan parents aku. kami makan banyak banyak. tengs mama n ayah coz lanje kakak sate n lain lain tu. cik abg pon ikot jugak, itu harus ! Hmmm entah tak tau aku rasa sedih je bila ayah nak anta aku kat umah sewa.. tak tau la kenapa. hmmm. aku rasa sebak, terus air mata keluar bersama cendol hijau. -..-'' k tipu.



harapan aku. bila dah umo 20 ni , aku akan jadi orang yang berguna (bukannya sebelom ni xguna okeh!) , aku tak nak tinggal solat dah, aku tak mahu curi duit syiling ayah aku dah, aku tak nak makan cili pada terlalu banyak dah (kalau boleh!), aku tak nak korek jerawat dah, aku tak nak mengadap fb lelama dah (meluat tau dak!).



huhh ! banyak kan? .. yeahh aku manusia biasa. memang banyak buad salah.. hahaha.. okay la. mata pon da raabak, gua nak tidur dulu ya wahai sayang sayangku. buibuii

Wednesday, March 21, 2012

Bermasam muka.. T_T

Assalamualaikum !


Adei, saket pulak hati kite nie. Seriously aku tak tau kenapa dea macam bermasam muka dengan aku. Dea dah tak banyak cakap dengan aku so aku pon  malas la nak tegur dea. Aku rasa aku tak buat salah pon dengan dea. Sebelum ni aku ok je layan dea. Kenapa pulak dea masam muka dengan aku, aku tak faham betul lah. Sebagai manusia yang kurang sempurna memang la aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. Aku mana tau hati and perasaan dea, and apa yang dea nak.


Mungkin la kot aku ada guris kan hati dea yang aku tak tahu. kalau kau baca blog aku ni aku memang nak mintak maaf pada kau kalau aku ada buad salah pada kau. Aku tak nak kau terus bermasam muka dengan aku lagi. Tak best la kan kalau masuk kelas nanti kita bermasam muka kan.


OKBAII :D

Tuesday, March 20, 2012

kaum adam ni memang kadang menyakit kan hati betul la.. T_T

Assalamualaikum..


Hi ! kenal aku lagi tak? lama aku menyepi dan menghilang tanpa khabar berita.. Ececehh! Tak da la lama mana kan, baru beberapa minggu. Aku kekeringan idea sebenarnya sampai tak tahu nak update apa. HAHA! Haaa aku nak share kat korang apa yang aku alami.


Dalam 2 minggu yang lepas la kot kalau aku tak silap, ada mamat ni nama dea Nazmi Faiz, dea chat aku kat facebook. Aku tak tau la dea ni betul betul pemain bola sepat tu ke atau pon fake sebab dalam fb dea tu dea pakai gambar nazmi tu. Friend pon 9ratos orang . Tapi aku rasa bukan .. fake fake fake ! oke.. lepas tu dea tanya ada number tell tak ? *bengong punya soalan kan. Budak kecik darjah satuduatigaempatlima pon dah pakai phone ini kan aku yang sudah besar dewasa and gojes ni tak kan tak ada kot? hahha Aku jawab tak ada. aku pakai public phone.


Dea cuba jugak nak mintak. Dea cakap bukan dea nak jual pon, anggap je dea tu abang aku. Aku tak kenal kau kenapa aku nak anggap kau abang aku? Mana la tau kot kot kau tu peromapak yang dikehendaki polis ke, pengedar dadah kee.. peregol kee.. eee maaf la yerrr.. aku tak bagi number aku pada orang yang aku kenal. Selang beberapa hari dea mintak lagi. Tapi sayangnya cubaan dea tak berhasil. Dan selang beberapa hari lagi dea mula menunjuk kan belang nye !!



lelaki macam kat bawah ni terjadi sebab dea tak dilayan ! bila dea tak dilayan dea akan menyerang kita ! soo untung kaum perempuan yang ayu cun melecun gojes meletup hot tu please laa jangan sesuka hati je approve lelaki yang fake or yang tak da muka nie. aku cukup tak gemor la.. nak nasihat tu biar la betul caranya. tapi aku rasa gambar2 aku tu tak ada pon yang mengairah kan. tak caya? p kat fb taip syuhada nasya. tengok ada ke tak? lepas je tau dea fake and mencemarkan maruah korang , block kan terus.. biar padan muka ! entry ini untu kaum lelaki seperti dibawah ni ! terasa? hambek semua kat hang! nak marah? kesah pulak aku kan ? huahuahuahuaaa godaii !



  • Nazmi Faiz
    • salam
    • nk tnye
    • wsalamm
    • tnya laa
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • mata masuk air ke?
    • haa?
    • mksug awak?
    • mksud
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • cam ner leh besar cam gitu?
    • hahaha
    • tu semua kerja lens
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • haha
    • xaci la photoshop
    • bukan photoshop laa
    • adeii
    • sy tak reti pakai photoshop
    • bnda tu pon sy xda
    • kanta lekap laaa
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • ape motif letak gmbr lawa2 kt fb.?
    • nk promote diri ke?
    • err?
    • killer punya soalann
    • masalah nyer lawa ke?
    • kenapa tanya saya?
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • mmg xlawa pon, saje ambek aty ckp lawa.. 
    • bub gmbr awk ler saye tnye..xkn nk tnye apek jual ikan plak la kn.
    • abis tu apa yang awak tak puas hati ni ? ce bagi tau
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • bukan xpuas hati
    • cume rase funny ciket
    • funny ?
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • letk gmbr cun2 kt fb mcm nk jual diri plak
    • posing bgai nk rak
    • nk cari bakal suami bukan cam tu carenye
    • biar laaaa
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • org nasihat xnk dgr
    • adoii
    • apa hal pulak nie???
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • no wonder la byk kes pmbuangan bayi
    • hey
    • jaga mulut awak
    • tak payah la tengok kalu x suka
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • mslhnye dh awk letak kt album, ye org tgk rase meluat plak kn
    • sapa pulak cari bakal suami ?
    • cari bakal suami dalam fb ?
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • abes nk cari sape ltak gmbr camtu.?
    • ingat saya kemaruk sangat ke?
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • nk cari laki hot la kn?
    • laki hot ? maigod ! tolong laaaa
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • laki yg hot2 tgk dia ngorat awk, sonok la kn..awk pon rase hot..
    • ada ap dengan laki hot ???//
  • Nazmi Faiz
    March 10
    Nazmi Faiz
    • bdk2 zaman skg dh makin bijak.. nasihat pon xnk dgr.. mmg xmakan saman.. xpelah.. saye dh nasihat.. xnk dgr xpe.. jgn mnyesal dkemudian hari.. wasalam
    • jap
    • nasihat ke macam tu ??
    • apa kena dengan pembuangan bayi pulak ???



      n