Saturday, May 26, 2012

pindahh lagi..

Assalamualaikum.. !

ahhhh ! lega sungguh dapat baring di katil empuk bilik aku ni yang sudah satu hari aku tinggalkan. tu baru satu hari kalau sebulan dua bulan tu macam mana pulak kan? lega sikit sakit urat sendi sendi badan ni tengok katil umpuk ni. sejuk mata memandang walaupun bilik.... urmm hanya mama je yang tahu aha.


sebenarnya semalam aku pindah barang dari rumah lama ke ruma baru. rumah lama kat bawah, dan rumah baru pulak kat atas. tingkat 4. aku perlu angkat semua barang barang aku naik ke atas. seperti katil bujang, tilam, pinggan mangkuk, almari 2B, baju, gas, dapur. dan tak lupa juga tivi. haha melampau kan ? ye itu adalah barang aku. mesti la aku ambil balik kan? selapas keluarkan barang, 50%  daripada ruma tu dah jadi kosong. hmm kasihan kan dorang semua nanti.

tapi tak da la rasa penat sangat sebab ada pertolongan mama, adik adik, ayah dan mylove haha. so sweet. :D

maaf la kak awa, anis, kak sya, bella dan siti, syu memang tak bole tinggal situ dah. lepas lappy syu dan lppy anis kena rembat, baju azie kena curi, syu dah tak berani nak duduk dalam rumah tu, syu takut. tapi jangan risau, duit sewa syu dah bayar dah pun. tinggal duit api air je belum untuk bulan ni sebab bil tak sampai lagi kan.

nasihat kepada korang yg membaca.. dont trust sesiapa k.. percaya tu boleh tapi jgn 100%. kadang kawan yang koita percaya tu sebenarnya tak leh percaya :)


yang penat menaip
syuhada nasya

5 comments :

Riena Haiqal said...

betul tu.. tak leh nak percaya dengan kawan 100%.. kadang2 kita tertipu juga..
bagus sangat tindakan Syu tu.. takut nanti makin banyak benda yang hilang.. naya kat diri sendiri kan..

KorN said...

ooh.. byk brg hilang rupe nya.. pelik gak saloo org pindah kalo boleh nak tingkat bawah, tmbh2 kalo yg xde lif... byk nye barang kamoo nih...

Farra said...

exactly true. Trust no one !

nik rosmawati said...

bahaya nya. suka hati jea kan nak curi barang org.ish2

jaakechik said...

betul tu. kwn ni mmg jgn percaya sgt. yg mencuri tu mmg biasa la. di ofis pun ada yg mcm tu.