Wednesday, July 11, 2012

Perkara Yang Housemate Tak Suka | TIPS

Assalamuaalaikum !



sape yang tak pernah ada masalah dengan housemate dorang kan? even masalah tu kecik nonet je kan. budak kat atas tu pon pernah ada masalah jugak. ala duduk dengan orang orang yang kta tak pernah hidup ni memang macam macam ragam yang kita tak tahu. benda yang kita tak tahu pon akan jadi tahu. 

bagi adik adik kakak kakak dan abang abang yang baru yang baru masuk kolej tu mesti ada yang duduk hostel or rumah sewa kan. haaaa disini kak syuhada nak bagi tips perkara yang tak boleh dilakukan apabila duduk serumah dengan kawan .. kak syuhada knon lah kan wahaha. melampau.

benda ni aku nak kongsi kat korang sebab aku rasa benda ni penting jugak la dan aku pernah alami nya sendiri. 

hormat orang lama / senior
bila kita hormat orang orang akan hormat kita balik. betul tak? tolong jangan bawak perangai masa kita kat rumah dulu dulu. kadang kadangkitah dah terbiasa dengan perangai kita kat rumah kan so sampai terbawak bawak kat tempat orang. kalau dah junior tu tolong buat macam junior jangan kurang ajar dan besar kepala. ingat awak tu masih baru lagi. marah nehh marah neehh wahahahaa.

jangan guna barang orang tanpa kebenaran
bila kita dah duduk satu rumah dengan housemate (hostel or rumah sewa) kita mesti perkongsian barang tu akan berlaku kan. maksud nya macam kita pinjam lappy ke baju ke seluar ke tudung ke dan ape ape je lah yang boleh dipinjam kecuali barangan dalam lah. jangan barangan dalam pon kau sebat tu dah melampau dik oii wahaha. ingat benda tu kena mintak kebenaran owner dulu. sesetengan orang tak kisah kalau nak pinjam tanpa bagi tahu pon tapi kebanyakan nya tak suka.

lepas pakai pulang balik
benda ni aku rasa korang pon tahu kan . lepas pinjam barang orang tu segera la pulang kan.  contohnya korang pinjam baju kawan korang, seminggu tak bagi balik. tak ke bising kawan tu ? mungkin dea tak marah korang terang terang tapi dalam hati dea sapa yang tahu kan? soo untuk mengelakkan benda ni daripada berlaku, lepas pinjam esoknya pulang la balik. 

bilik macam tongkang pecah
ni bilik laki ka perempuan ni? kalau laki aku faham la dorang ni susah sikit bab kemas mengemas ni. tapi kalau perempuan yang tak reti nak kemas bilik aku tak tahu la jenis apa. korang suka tak kalau bilik korang tu berselerak? suka tak bilik korang tu bau busuk? baju baju yang korang dah pakai tu please jangan lepok sana sini. jangan letak atas katil orang lagi lagi seluar dalam yang dah pakai. kotor tahu tak. dari situ akan menjejas kan imej korang. 

jangan berat tulang
kalau nampak pinggann mangkuk tu tak basuh ringan ringan kan la tangan tu untuk basuh. jangan nak bising bising kata orang tak basuh la ini la itu la. tolong ringan tulang. kalau anda macam tu semua orang akan suka tau tau tau . wahahhaaa

cakap belakang
korang suka tak kalau dapat kawan yang suka cakap belakang pasal korang?  tak suka kan? haaa please jangan cakap belakang pasal kawan kawan korang. lagi lagi kawan satu rumah. takot nanti bermasam muka dan bergaduh. kan tak best tu kan .. :)


okay. mungkin aku ni taip  macam gudgud je kan. macam la aku tak pernah buat benda ni. ini cuma nasihat dan tips yang tak seberapa yang aku nak kongsi kan . maaf lah pada yang terasa. aku tak da niat pon nak metionkan sesiapa. kalau nak terasa jugak amik lah. :) kita manusia biasa yang terkadang melakukan kesilapan .

tq sebab baca 

yang penat menaip
syuhada nasya

9 comments :

man said...

tq for info..hehhehe

Cik Anis said...

Macam macam ragam housemate ni, so untuk mengelakkan gaduh kite kene respect each others kan.. thanks for sharing.. jom follow cik anis pulak ^^

Eena Arrina said...

nice entry. bru masuk blog ni.folow.jom lepak ngn ena :)

mira maisara said...

rumate ni kadang2x sensitif. so memang kne jage hati dorang la kan . :) lepas bace entry nie sure rumate tambah sayang kt mira..heheh

elinaomar said...

tips yg best.sokong3

Rara Nasiha said...

guna barang tanpa kebenaran dengan pengotor tu yang tak boleh blahh tu .

Sarah Mohd Saleh said...

yesss btul.nt takdelahh org bbulu dgn kitee ;D

*zafirah* said...

setuju sangat!thanks for the tip:)
btw,fira dah follow sini,jemput singgah dan bagi pendapat di blog fira^^

ros_reeza said...

salam kenal :)

duduk ramai2 ni, memang macam2 ragam.. so, kita kenalah hormat org, baru org hormat kita :)