Thursday, April 12, 2012

bahan penjagaan asas kulit muka by mak jemah

Assalamualaikum   

siapa nak cantik ? haaa mak jemah tau, korang semua mesti nak cantik macam mak jemah kan? termasuk la mereka mereka yang dah tersedia cantik keluar dari perut mak seketul seketul. very the tak sedar diri you know! haha. 


dari mata turun ke hati. tapi kalau muka tu dah berjerawat, berminyak 14 inci tu haa sapa yang nak? itu bukan nya dari mata turun ke hati, tu dari mata turun ke kaki. bagi mak jemah free free pon mak jemah tak nak okeh. baik lelaki baik perempuan. jadi, aset yang penting sekali ialah harus lah wajah yakni muka kita. 


yang dah kawen ke, yang belom kawen ke harus menjaga kulit muka. supaya nampak sihat dan bermaya. dulu, memang mak jemah tak jaga pon tentang kulit muka, tapi bila dah ditegur oleh kawan kawan mak jemah yang mengatakan kulit mak jemah kusam dan berminyak , mak jemah terus bangkit dari lena. mak jemah sedar yang kita ni perempuan tak boleh abai kan perkara perkara macam tu. ingat tu ye anak anak ikan mak jemah semua. 


okay, panjang pulak mukadimah mak jemah yer. untuk kulit yang sihat terdapat 3 jenis rutin asas yang perlu you alls lakukan. seperti membersih, menyegar, dan melembap. ini mak jemah rasa semua dah tau kan? dah tau tak pa, dok diam diam k,ini untuk yang tak tau yaer.


PEMBERSIH ---> Haaaaa, you alls tau tak apa fungsi dan tujuan menggunakan pembersih? haa tau ke tak tau? tak tau jangan buat buat tau k. biar mak jemah exlpain kan. pembersih tujuan nya untuk membersih segala kotoran , daki daki, masam masam kat muka korang tu haa, lagi menanggalkan sebum sebum lama,sel mati, dan bahan mekap daripada kulit. lagi, melembutkan dan memcairkan sebum supaya liang roma tidak tersumbat. melindungi permukaan kulit daripada bakteria dan kulat. mempercepatkan proses sel mati (desquamation). dan merangsangkan peredaran darah, limfa, dan kelenjar.

PENYEGAR ---> penyegar pula ialah sudah semestinya lah untuk menyegar kan muka dan mengimbangkan ph kulit. membuang sisa pembersih dan sebum kulit tanpa mengganggu asid mantle kulit. membantu menutup liang roma selapas dicuci, merangsangkan kulit dan manghaluskan tekstur kulit.




PELEMBAP --->  tujuan menggunakan pelembap ialah untuk membaik pulih asid mantke kulit. mengimbangkan ph kulit, melembabkan kulit, melembutkan epidermis kulit, memudah kan aplikasi mekap supaya tahan lebih lama, melindungi kulit dari bakteria, mengelakakn kulit menjadi cepat matang dam mengawal pemgeluaran sebum berlebihan .


okay, dah tahu? clear? 
okay , mak jemah dah sakit jari.. nanti mak jemah update untuk jenis jenis pembersih pulak oke .. bye bye anak ikan mak jemah . huhuu <3



2 comments :

azreen ashreen said...

hyep mak jemah! ^^

kalo muka ahkak yg sensitif kemain ni nk guna produk apa ea?

zOeY zAu YaH said...

meh jaga muka meh hehe