Friday, February 1, 2013

Ekspo perkahwinan !

Assalamualaikum !


bismillahirrohmanirrohim. okay. tarik nafas, hembus nafas, tarik nafas, hembus nafas. huh. okay sudah hampir sebulan belog ni terbiar je. kasihan kan. rindu nak menulis balik macam dulu-dulu. rindu sangat-sangat tau. tak tahu la kenapa rasa kemanisan berblog tu dah hilang. semangat berkobar-kobar nak update macam dulu tu dah lari, hmmm

kenapa ya ? mungkin ada kena mengena dan berkaitan dengan usia kot, makin meningkat usia seseorang itu, semakin hilang moodnya untuk berblog. haa boleh tak macam tu ? macam hipotesis pulak kan.

sebenarnya yang betul ialah semakin malas seseorang itu, semakin hilang follower and pembaca blognya. haha aku rasa yang ni lebih tepat kot. :D

baik lah, aku nak cerita sikit ni. masih ingat tak lagi dengan pic ni ?

 


setelah aku upload pic ni kat blog, gambar ni menjadi bulan mulut orang ramai, kat facebook n twitter. sedara mara aku semua kata aku kawen tak ngajak. haha 

sebenarnya, pada hujung tahun lepas, dalam 29/12/2012 , aku di pelawa oleh Abang Megat ( senior kolej aku ) untuk join event ni . sempena dengan penutupan tahun melawat negeri Perak oleh kerajaan negeri Perak dan tourism negeri Perak bersama-sama dengan Utusan Malaysia, dan dengan itu satu ekspo perkahwinan diadakan di Stadium Indra Mulia Ipoh Perak. 

kiranya , aku jadi model baju pengantin la. tipu la kalau aku kata aku tak nak kan. lagi-lagi benda yang memang aku minat sejak azali lagi. dua hari sebelum event tu aku gelabah, ak boleh tido. macam cacing kepanasan. yelah kali pertama aku naik pentas. haha. mana tak gelabah dibuatnya.

pada hari event tersebut, aku dengan member aku ( fyra ) siap-siap and terus pergi pukul 11 pagi. gila bapak lama aku tunggu. kata pukul 11 nak datang ambik tapi pukul 12 baru datang. dah la aku tak tahu mana lokasi dorang buat tu. 


dah samapai tu, masuk dalam stadium tu terus rasa cuak ! sebab ramai orang, aduhh macam mana ni. well aku mana biasa and tak pernah pon jadi model ni. lagi-lagi depan orang ramai. lepas tu terus dorang panggil untuk make up. wahh best nya ada orang tolong make up kan ! 

lepas make up, dapat baju, baju ni tak boleh pilih, dorang bagi je baju kat kita, nasib la dapat macam mana pon. hehe aku dapat warna putih. sweet je baju ni. macam baju tunang je. actually baju ni dibuat olah Zaha Planner. cantik-cantik baju dorang, ramai jugak artis yang tempah kat Zaha Planner ni. 




bila lepas pakai, aku rasa baju ni macam tak sesuai je dengan aku. tak tahu la kenapa. hmm badan aku nampak debab kan ? haha 

aku cakap kat abag zaid tu yang tudung yang dea bagi ni ketat and tak sesuai dengan muka aku. bukan aku je yang kata macam tuh. model-model semua pun kata macam tuh. abg tu kata tak pa, dea boleh adjust, tapi aku rasa tak selesa. hmm  tapi tak pa lah kalau dea nak aku pakai tudung ni aku pakai jelah :)


masa turn aku naik pentas , aku dah mula tak keruan, dah la disuruh pusing pentas 3 kali sampai hujung. camera didepan berpuluh-puluh. duhai cepat la habiss ! ahaha lepas tu kasut pula buat hal, nasib baik aku tak tersungkur depan orang ramai. kasut aku macam nak terbang ja aku rasa. hmmm my bad :( 


diantara  model-model Zaha Planner yaktu kak tasya n abg mamu syafiq 


banyak lagi gambar, tapi dekat abang zaid, lambat malas nak tunggu. hmm aku rasa macam semua nya lawa cuma aku je yang kurang sikit kan. hihii  hmmm nak jadi apa yang kita nak tu bukan nya senang, susahh ! tapi kalau ada usaha memang tak ada apa yang mustahil kan kat dunia ni. 

p/s : buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolok kan,  saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjuk kan :)




4 comments :

Keknis said...

Cantik baju tu.. Ingatkan awak dah tunang ke kawin ke, rupanya jadi model.. Tertipu sudah.. Hahaha

✿INA AINAA✿ said...

ena teringin sangat sangat nak pakai baju pengantin.. cantiknyaaaaaaaaaa... sob sob sob.. nak juga pakai.. T.T

Aida the Pinky said...

hehe, bestnyer jadi model walaupon sekejap. takpe, tetap cantik kena yakin tau!

Anonymous said...

Walaupun dalam sibuk2 buat kerja .. blog nie tetap saya lawati.
.. sbb artikel dia memang menarik... nak cadang kepada pengunjung.

. bookmark...

Feel free to surf to my web blog; Tips Untuk Isteri