Monday, December 9, 2013

9/12/2013

Assalamualaikum.



tadi, chat dengan mama kat facebook. mama aku dah maju dh ada facebook haha. tanya mama masak apa, mama masak nasi carrot , ayam masak merah dan papadom. aaa kalau aku kalat rumah sekarang ni mesti bahagia dapat makan macam macam. T_T

rindu sangat. padahal baru empat hari lepas jumpa. empat hari lepas yaktu hari khamis aku keluar dengan ayah mama and adik adik. beli barang dapur untuk rumah sewa aku. 

tapi bila setiap kali jumpa ayah je mesti ayah cakap, bila Mirul (bf aku)  nak masuk meminang? bila nak kawen? suruh la Mirul masuk meminang cepat cepat. bapak aku punya excited macam dea pulak yang nak kawen kan.

aku baru 21, aku tak puas lagi nak menikmati bujang. aku belum dapat apa yang aku nak. impian aku dan cita cita aku. tak kan aku nak kawen dah?  mungkin sekarang aku kena ketepikan soal cinta dulu. takpa. itu semua demi masa depan aku. masa depan si dia. kalau ada jodoh tak kemana. mungkin lima tahun lagi. itu Tuhan punya kuasa. 

kenapa perlu tergesa gesa? 


Monday, November 11, 2013

4 word I never want to hear

4 word I never want to hear


  • I don't love you
  • You're dignosed with cancer
  • I found someone else
  • It was never real
  • We need to talk
  • You're going to die
  • Your ____ is dead
  • You can't have kids
  • I dont remember you
  • Lets just be friends
  • We cant be together
  • I never loved you

Thursday, November 7, 2013

R.I.N.D.U

Assalamualaikum.


rindu nya nak tulis blog mcam dulu dulu.

sekarang ni rasa macam feel nak menulis tu dah kurang tak macam tahun pertama and kedua blogging dulu.

walaupun banyak benda yang nak dikongsi kan tapi rasa macam berat je tangan ni nak menaip.

online facebook (syuhada nasya) and twitter (@iSueNasya) rajin pulak.

mana entah aku yang dulu.

mungkin masalah masalah yang ada disekeliling kot penyebabnya.

tak pa la. nanti kalau rajin aku sambung lain. hehhe :)

Monday, September 30, 2013

Suara Hati.

Assalamualaikum.

hi, aku datang balik nak ganggu hidup korang!


dalam bab berkawan ni, mesti ada macam macam cerita. ada yang sedih ada yang gembira. kadang kadang ada moment yang buat kita rasa dea lah kawan baik kitaa selamanya. dea lah sahabat sehidup semati kita.

tapi ada jugak moment yang buat kitaa kata "kenapa dea buat aku macam tu". sapa kata dalam berkawan tu tak da masalah. pergi la celah dunia pon mesti ada masalah. kan? yang penting kena bijak menangani.

aku sebagai manusia juga pernah melukai dan dilukai oleh kawan. lebih lebih lagi dea kawan baik kita. kan? mesti pedih kan.

apa apa pon. kita fikir je positif. mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjuk. kan ?

Sunday, September 8, 2013

Tersentuh Hati.

Assalamualaikum.


bangun bangun, bukak fb. terbaca satu story yang menyedihkan. story yang telah berjaya buat aku menangis. story yang betul betul membuat aku teringan pada ayah. aku rasa situasi yang sama.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..




*seriously, betul2 tersentuh. teringat pulak kat ayah , mesti ayah macam ni jugak, sebab aku ada dua orang adik yang belajar kat KL dan aku kat ipoh. semoga ayah diberikan kesihatan yang berpanjangan dan rezki yang luas. ameen.