Monday, December 9, 2013

9/12/2013

Assalamualaikum.



tadi, chat dengan mama kat facebook. mama aku dah maju dh ada facebook haha. tanya mama masak apa, mama masak nasi carrot , ayam masak merah dan papadom. aaa kalau aku kalat rumah sekarang ni mesti bahagia dapat makan macam macam. T_T

rindu sangat. padahal baru empat hari lepas jumpa. empat hari lepas yaktu hari khamis aku keluar dengan ayah mama and adik adik. beli barang dapur untuk rumah sewa aku. 

tapi bila setiap kali jumpa ayah je mesti ayah cakap, bila Mirul (bf aku)  nak masuk meminang? bila nak kawen? suruh la Mirul masuk meminang cepat cepat. bapak aku punya excited macam dea pulak yang nak kawen kan.

aku baru 21, aku tak puas lagi nak menikmati bujang. aku belum dapat apa yang aku nak. impian aku dan cita cita aku. tak kan aku nak kawen dah?  mungkin sekarang aku kena ketepikan soal cinta dulu. takpa. itu semua demi masa depan aku. masa depan si dia. kalau ada jodoh tak kemana. mungkin lima tahun lagi. itu Tuhan punya kuasa. 

kenapa perlu tergesa gesa? 


Monday, November 11, 2013

4 word I never want to hear

4 word I never want to hear


  • I don't love you
  • You're dignosed with cancer
  • I found someone else
  • It was never real
  • We need to talk
  • You're going to die
  • Your ____ is dead
  • You can't have kids
  • I dont remember you
  • Lets just be friends
  • We cant be together
  • I never loved you

Thursday, November 7, 2013

R.I.N.D.U

Assalamualaikum.


rindu nya nak tulis blog mcam dulu dulu.

sekarang ni rasa macam feel nak menulis tu dah kurang tak macam tahun pertama and kedua blogging dulu.

walaupun banyak benda yang nak dikongsi kan tapi rasa macam berat je tangan ni nak menaip.

online facebook (syuhada nasya) and twitter (@iSueNasya) rajin pulak.

mana entah aku yang dulu.

mungkin masalah masalah yang ada disekeliling kot penyebabnya.

tak pa la. nanti kalau rajin aku sambung lain. hehhe :)

Monday, September 30, 2013

Suara Hati.

Assalamualaikum.

hi, aku datang balik nak ganggu hidup korang!


dalam bab berkawan ni, mesti ada macam macam cerita. ada yang sedih ada yang gembira. kadang kadang ada moment yang buat kita rasa dea lah kawan baik kitaa selamanya. dea lah sahabat sehidup semati kita.

tapi ada jugak moment yang buat kitaa kata "kenapa dea buat aku macam tu". sapa kata dalam berkawan tu tak da masalah. pergi la celah dunia pon mesti ada masalah. kan? yang penting kena bijak menangani.

aku sebagai manusia juga pernah melukai dan dilukai oleh kawan. lebih lebih lagi dea kawan baik kita. kan? mesti pedih kan.

apa apa pon. kita fikir je positif. mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjuk. kan ?

Sunday, September 8, 2013

Tersentuh Hati.

Assalamualaikum.


bangun bangun, bukak fb. terbaca satu story yang menyedihkan. story yang telah berjaya buat aku menangis. story yang betul betul membuat aku teringan pada ayah. aku rasa situasi yang sama.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..




*seriously, betul2 tersentuh. teringat pulak kat ayah , mesti ayah macam ni jugak, sebab aku ada dua orang adik yang belajar kat KL dan aku kat ipoh. semoga ayah diberikan kesihatan yang berpanjangan dan rezki yang luas. ameen.

Saturday, September 7, 2013

Pelakon Vateren Maimon Talib Meninggal Dunia

Assalamlualaikum.\



baru dapat tahu ni yang pelakn veteren maimon talib da meninggal. tapi tak tahu laaa pukul berapa. dengar cerita sakit kenser payu dara. ya alah bahaya nya penyakit tu sampai boleh menyebabkan kematian.

innalillah. semoga rohnya ditempat kan dikalangan orang yang beriman dan solehah. ameen.





hilang nya sebutir pemata dalam dunia seni tempatan. 

Wednesday, September 4, 2013

Benda ni la yang aku tak sukaaaaaaaaa ! SILA AMBIL PERHATIAN BLOGGER!

Assalamualaikum..

holla. lama tak blogging. hikss rasa rindu pulak. rindu i tak? hehehe.



kenapa tajuk aku tu macam tu eh? agak korang kan apa laaaa yang aku tak suka sangat tu? heeee

apa yang aku mahu katakan ini adalah ada kaitan dengan blogger-blogger yang menganjur kan GA , SEGMEN, and so on laa. 


ehem. sebelum raya hari tu aku ada la menang beberapa segmen. segmen tu ramai  jugak laa sponser yang hadiah-hadiah. aku pon tertarik nak join sebab tengok hadiah-hadiah yang aku rasa aku nk! haha

syarat-syarat nak join tu kalau tak bukan harus laaa kena like page sponser, follow blog sponser and so on laa yang berkaitan dengan GA/SEGMEN dorang.  okay, dengan semangat nya aku like, and follow blog dorang. 

beberapa minggu tu aku dapat tau aku tersenarai dalam list2 pemenang. sapa tak suka kan. aku pon inbox sponser tu kat fb (nak tuntut hadiah punya pasal). k dea bagi respond, dah aku bagi alamat no tepon semua, dea kata lepas raya dea pos. okay takpa aku tunggu la. 

tup tup tup. sampai sekarang habuk pon tak da. hahaha tapi aku chill. aku fikir mungkin bukan rezeki aku kan? k takpaa aku malas nak tuntut -.- 


PESANAN UNTUK PENGANJUR GA/SEGMEN

kepada korang, make sure  hadiah2 untuk GA/SEGMEN korang tu diterima oleh pemenang. jangan tau nak buat GA or SEGMEN just nak kejar FOLLOWER sahaja!

PESANAN UNTUK SPONSER HADIAH

kepada korang yg baik hati nak spnser hdiah tu bagi laaa apa yang dijanji kan k. jangan bila dah dapat follower and like banyak2 korang terus lupaaa apa yang korang janji kan k.

haha got it? chill jangan marah2. ini hanya luahan hati aku jaaa. tidak ada kena mengena diantara hidup atau pon yang telah meninggal dunia. ini kan negara demokrasi. rakyat ada hak bersuara. kan? hahaha !

rasanyaa bukan aku je pernah kena. banyak lagi kot blogger2 kat luar tu yang pernah kena kan? hehe

Sunday, August 25, 2013

Raya Pertama | Entry Bergambar

Assalamualaikum ~

holla. haha sekarang dah raya ke berapa? aku baru nak cerita pasal raya pertama. cerita dah basi.

PERHATIAN !
GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH INI SEMUA NYA BAJET COMEL. SORRY KALAU ADA YANG MENYAMPAH :D







aktivati bergambar dipagi raya. alahh macam la korang tak buat kan xD











mama ayah. sayaaaang sangattt sangatttt <3

 gambar2 kat bawah, gmbar sepupu sepapat. 






















hhehe
jumpa di lain entry.
babai.. 


Monday, August 19, 2013

update | Rayaaa sampai lebam.

assalamualaikum



hari ni hari raya yang ke berapa entah. ke 12 mungkin ? haaaa tak kira laaa berapa hari pon kan. padahal hari raya sehari ja. kita orang melayu ni ja yang menyambut sampai sebulan. hehek tak kisah la kan.


selama tempoh beraya ni blog aku sunyi jaa. sebab tuan nya tak update pon. kekangan masa la katakan.


well, raya tahun ni kat Kuala Kangsar. macam selalu. macam setiap tahun. tapi entah kenapa semakin meningkat umur ni semakin merasakan raya ni mendap. hmm entah laa. nak bagi tahu pon tak tahu macam mana. aku je yang rasa haha. mungkin salah satu sebab nya ialah dapat duit raya sikit kot haha.

hmm tak tahu nak kata apa lagi. cukup laaa sampai disini, kang taip banyak banyak merepek pulak haha. rasa macam tajuk entry lari dengan isi kan ? hahaha tak pa nanti aku update lain.


p/s : untuk awak En. Barie . HEHEHE jangan marah :D

Saturday, August 3, 2013

sedih.

assalamualaikum.


ini short entry..



tahun ni, rasa macam tak da mood nak raya. macam macam jadi. mungkin allah nak uji tahap kesabaran aku kot? mungkin.

kenapa aku sedih? biar tuhan je tahu.

kepada tuhan ku Allah. aku tak tahu kenapa kau bagi dugaan ni pada aku. tapi, aku yakin diatas ujian mu ini. mesti ada hikmah yang tersembunyi. aku yakin.


kepada kawan blogger. selamat hari raya aku ucap kan. maaf kalau ada tersalah silap selama aku mencoret kata kata disini. aku pendosa tanpa noktah. maafkan aku.


yang benar
syuhada nasya

Friday, July 26, 2013

Majlis iftar bersama warga emas, anak yatim & Heliza Helmi


Assalamualaikum...


ni minggu lepas punya lepasss punya lepas punya ceritaaa. berapa banyak lepas la? tak tau nak update apa, tak tahu nak cerita apa kat korang, masa ada banyak, tapi malas punya pasal rosak susu sebelanga.


okay, minggu lepas yang sudah sudah, kolej aku Taj International College buat Majlis iftar bersama warga emas, anak yatim & Heliza Helmi.





bila dengar je Heliza Helmi nak datang mesti ramai berpusu-pusu nak datang. hmm malas laaa nak taip. korang tengok jela gambar kat bawah ni eh. -.-


ketibaan beliau. aloloo comel comel.








CEO kolej, Puan Tina Tajudin

pengurusi dan ajk2 , kot -.-

warga emas. hmm sedih ohh tengok dorang.  T__T














Apa apa pn heliza sangat2 cantik , cmel nyee. muka dea putih gebu tanpa ada secalit makeup pon. suci nyaaa muka deaa. untung sapa yang jadi suami dea kan kan kan. hehe


p/s : nanti aku update Iftar dengan Inteam pulak. tungguuu.. xD