Wednesday, May 2, 2012

Abang Ben follow blog kita la hihi

Assalamualaikum <3



kenal tak tuan tuan dan puan puan hadirin sekalian dengan makhluk ALLAH yang bernama Ben Ten Ashaari ni? tak kenal? alaaa blogger yang berbadan sasa tu.. tak kenal lagi? ala blogger yang baru femes tuuuuu.. yang follower dea reramai tu.. dah kenal kan? tak kenal lagi meh masuk blog beliau SINI 

ops, terbatak pulak kan. yelah orang lain tak kecoh kecoh pon kalau blogger femes follow blog dorang tapi syu? ehh tak la, tak megah pon juz terharu and terkejut beruk je. hihi ^^

sebenarnya syu dah lama dok stalk blog beliau. kadang kadang ada drop komen. tapi tak salu la sebab syu ni bukan full time blogger. tengs kepada abang ben sebab jenguk blog syu yang tak seberapa ni. blog syu ni tak seberapa nak dibanding kan dengan blog abang ben tu hehe.

tapi cuba korang tengok balik gambar tu, abang ben macam dah set time je nak jadi follower yang ke 777. hehe nice lah no tu. 

so.. happy berblogging yer. :)

Tuesday, May 1, 2012

blogger warm warm nail

Assalamualaikum <3



hari tu, chat dengan kawan satu kolej :

si a : ang buad apa tu?


aku : update blog sat aihh 


si a: tak habis update blog nye


aku : dah tu kenapa?


si a: ala weh, bukan ada orang nak baca pon. bajet retis. haha


aku : k fine -..-''

hei sakit pulak hati kita ni bila dea cakap macam tu. rasa nak sumbat je mulut dea dengan batang penyapu. sebenarnya rasa sakit hati ni tak ada lah sakit mana. cuma terfikir sejenak jugak. 

yelah syu ni bukan blogger femes pon.syu ni bukan nya sesiapa pon yang orang nak baca blog syu. lain lah kalau syu ni retis ke menteri ke, banyak la orang yang nak baca kan. 

tujuan yu buat blog ni sebab nak kongsi kisah harian syu, tak kira la apa pon. yang tak suka tu tak apa lah. nak baca atau tak tu adalah hak individu kan ? cuma nak hilang kan tekanan je sebab tak tau nak cerita pada sesiapa. 

sebenarnya susah nak puas kan hati orang. susah nak buat orang suka pada kita. susah sangat cik kiah oi.. nak buat macam mana kan, ignore je lah apa orang nak cakap. pekak kan telinga. 

kalau cakap sorang kang cakap syu gila. so peduli la apa orang nak cakap. buat apa yang kita rasa perlu untuk kita. :)



haa amik kau muka besar gedabak. model nugget crispy tuu. haha okay la, tak da mod nak tulis berjela. selamat berblogging kalian. muah kiri muah kanan >.<




Monday, April 30, 2012

SEGMEN : Bloglist Bulan Mei


jom join bloglist ni ramai ramai eh,, huhuu


Lapar + Makan = Ayah Marah :(

Assalamualaikum ..

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati aku lah. ehh apasal dak syu ni dok meroyan memalam buta nim? by the way, syu baru je lepas melentak semangkuk maggi asam laksa buatan air tangan sendiri. lapar punya pasal sampai ku hirup sehingga ke titisan terakhir kuah maggi tersebut. wah ayat kemain lagi. -..-'

dapat la membasahkan sikit halkum dan mengisi kekosongan perut anak anak cacing ternakan syu ini. lapar kemain apesal? padahal syu dah makan kot pagi + tengah hari + malam. tapi still perut ni buat bising ibarat macam pekerja yang berbulan bulan tak bagi gaji. bayangkan.

dalam pukul tiga lebih syu p dapur. godek godek tengok ape yang ada. ada maggi. okay cantik! boleh la masak ni. sapa punya entah syu bedal. haha. bukak bungkusan plastik kena slow slow sebab takot si mama dan si ayah dengar. potong bawang pon slow slow je, haha. 

actually, si ayah tak bagi makan waktu malam lebih lebih lagi lebih dari pukul 12am. gila mengamuk si ayah tu. mybe ada la sebab nya. bilik ayah dekat je dengan dapur.huhu

pernah dulu, syu dengan adq lapar sangat. teringin pulak nak makan ayam goreng. buka peti ais, goreng ayam beberapa ketul. tengah dok masak ayan tu atas dapur si ayah pulak keluar dari bilik.. 

"ni kenapa masak malam malam ni? kan ayah dah cakap jangan makan tengah malam, tak baik, dah pergi tidur sekarang!!"

syu dengan hati tersentap terus campak sudip a.k.a spatula kat lantai dan terus masuk bilik. mula lah adegan merajuk. haha ayam atas kuali tu syu biarkan je. si mama yang goreng ayam tu selebihnya. esok nya sehari syu tak tengok muka ayah. haha merajuk lagi niy.. haha!

lepas dah beberapa hari tu dah okay dah.. ala syu merajuk bukan nye lama pon. 

orang tua cakap tu ada betul nya. setiap nasihat yang dea bagi tu mesti ada baiknya. ada ke ibu bapa yang marah anak makan tak semena mena? ada ke ibu bapa yang pukul anak nya tak ketahuan hala? tanpa sebab munasabah dan munaserawak? cik muna sebelah rumah pon  tak akan buata kat anak dea macam tu. cuma ibubapa yang tak waras je nak marah and pukul anak dengan tak ketahuan hala.

apa yang penting, perut dah kenyang hahah !

teng korang sebab baca <3

Kelebihan Dan Kelemahan Jenis Pembersih by Mak Jemah.

Assalamualaikum   

hi anak anak ikan mak jemah semua. apa khabar? sihat? haa mak jemah sihat alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dapat jugak mak jemah menaip entry untuk you alls semua lagi. terima kasih juga kepada tuan blog ni kerana sudi menjemput makjemah. 

pada entry yang lepas mak jemah ada menerangkan tentang bahan bahan asas kulit mukan, kan ? haa hari ini mak jemah nak kongsi pengetahuan yang mak jemah ada ni untuk you all semua seperti tajuk di atas. sharing is caring right? jyeahhh! 


PEMBERSIH JENIS KRIM

kelebihan : ph ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering dan dapat membersih  solekan dengan lebih sempurna ye anak anak ikan mak jemah <3
kelemahan : kurang sesuai untuk kulit yang berjerawat dan berminyak macam mak jemah ni. sangat sangat x bole, mintak di jauhkan pakai krim ni yer. tidak larut air,tidak bleh dibilas dengan air. kebanyakan la ye, orang2 semua komplain kat mak jemah dorang rasa x bersih pakai jenis pembersih krim ni. tapi klau untuk kulit kering sanagt sesuai.

PEMBERSIH JENIS CECAIR : 

kelebihan : ph ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit di sekeliling mata. larut air dan boleh dibilas. 
kelemahan : tidak begitu berkesan apabila membersih solekan pada kulit.

PEMBERSIH JENIS FOAM WASH

kelebihan : ph sesuai untuk kulit, mudah dan cepat digunakan, lebih sesuai untuk kulit normal, berminyak dan kombinasi.
kelemahan : mesti dibilas dgn air yang banyak dan sempurna, kurang sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

PEMBERSIH JENIS GEL 

kelebihan : ph sesuai bagi kulit yang berminyak dan kombinasi. kulit tersa segar dan bersih.
kelemahan : mesti dibilas dgn air yng bnyak yer korang, sgt x sesuai untuk kulit kering dan matang. kerana pembersih ini akan mengeringkan kulit. 

pembersih jenis sabun muka

kelebihan : mudah digunakan, harga lebih murah, kulit tersa segar dan bersih
kelemahan : kulit x lembap, mghilangkan asid mantle kulit, menyebab kan kulit mudah dijangkiti bkteria.


jelas? kalau nak tahu apa2 lagi. sila tanya makjemah yer ..