Friday, November 23, 2012

PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA

Assalamualaikum !


hi .. malam ni aku join segment dari yana yang cun melecun ni ..



nak join x ? meh klik sini 


aku tag semua pembaca blog aku ni .. ehhe jom join ramai2 ::)

SHARE | produk yang saya gunakan sekarang.. Bio Essence

Assalamualaikum !


korang nak cantik tak? mesti nak kan ? disebabkan nak cantik ada yang sanggup beli produk mahal-mahal yang belum tentu dapat memberi kesan pada diri.. sapa tak nak kulit cantik cerah halus mulus gebu suci licin putih melepak macam kena tepung gombak kan.. siapa nak? aku pon nak kulit macam nora danish, neelopah, maya karin.. cantik kan kulit mereka.


but, ada yang sanggup cucuk-cucuk bagai ni, ubah hidung, ubah dagu, ubah pipi, ubah bibir. ishh kalau boleh semua benda dea nak ubah. err korang rasa elok ke macam tu ? sudah semestinya lah tak kan. cucuk-cucuk ni hasilnya memang lah berkesan, boleh nampak dalam beberapa minit korang cucuk, tapi kesan dimasa lampau nanti parah weyh, seksa nak tanggung!! *pehal aku emosi semacam

muka dah lawa bedah ni nak cucuk pasaipa?



lecturer aku pernah bagi tahu yang dulu dea pernah buat sekali suntikan vitamin (bukan botox) pada muka beliau, dea berkongsi cerita dimana lebih 5 jarum dimuka, satu suntikan membuatkan wajah dea berasa sakit yang teramat sangat apabila cecair vitamin tersebut memasuki epidermis dibawah kulit dea. huu pedih. nak cantik punya pasal. *skema gilaa ayat akuu


so, bersyukurlah dengan wajah yang Allah berikan pada kita, tak perlu  cucuk sana sini, mahal pula tu, lebih-lebih lagi mengubah ciptaan Allah, kan berdosa besar tu cik kak. dengan itu, jom kita kongsi produk kecantikan yang aku guna sejak beberapa abad ni *abad? k  tipu*




sebab apa aku beli yang nih ? sebab, ia boleh mencantik kan kulit kita dengan semula jadi, kalau kita keluar tak pakai mekap pon tidak menampak kan kekusaman diwajah. ehh ayat sekma k. 

kulit korang kusam? tak bermaya ? berminyak bertan-tan? nak make up simple tapi lama dan tahan dimuka?

BIO ESSENCE BIRT'S NEST COLLAGEN lah jawapannya.. sebab apa, sebab produk ni mengandungi kcollagen yang boleh menganjaldan menegangkan kulit. banyak sebenarnya fungsi collagen ni, korang boleh google sendiri k haha *dasar pemalas betei owner ni.

Tapi, sebelum nak beli sebarang produk tu, korang kena la cuba try test dulu *jadah apa mengulangi ayat yang sama maksud = ='' mana lah tau produk ni tak berapa sesuai dgn kulit muka korang . atau pon kalau dah buntu sangat mintak lah nasihat dokter atau pakai kecantikan seperti aku . *ehh terperasan pula.. tapi bakal la.. haha amin* jangan main sebat je mana dan, kang cacat pula muka tu titumbuhi jerawat or else.

hasil setelah beberapa bulan pakai, huhuu ada la perubahan sikit .. nampak glowing :D




Tuesday, November 20, 2012

Gua Hampir Ditipu !

Assalamualaikum !

beberapa minggu yang lepas, aku , lenny , yati n eykin telah keluar berpeleseran ke JUSCO KITA CITY IPOH ! .. yess betapa happy nya kami2 bila dapat berpeleseran .. sebab lama sudah tak keluar dengan kawan kawan. thanks amin (bf yati) sebab bawa kita semua keluar.

Aku berpeleseran disekitar jusco tu sampai tak hengat donia. Kalau keluar dengan BF susah nak masuk kedai kedai baju sebab lelaki ni tak berapa suka sangat nak ikot kita masuk kedai-kedai baju, kasut, kan? sebal deyh ! (-_-)

Lenny la orang yang paling gila sangat shopping, lepas satu kedai ke satu kedai dea masuk. kami ikot saja.. kalau boleh semua kedai yang ada kat JJ tu dea nak masuk. kalau dah masuk satu kedai tu bukan nya kejap, lama woo hampir setengah jam. haaa parah kan? aku pon macam Lenny jugak dulu, tapi bila dah semakain tak ada duit ni aku mengambil keputusan untuk tidak terlalu obses sangat laa sebab , sakit jiwa wow kalau jalan-jalan tak ada duit ni. Rasa macam nak beli tu nak beli ni, kalau nampak something yang berkenan dihati. seksa jiwa batin i uollss  = =''

lenny si kaki shopping, sorry lenny i curik pict you = =''



selepas penat jalan jalan cuci mata , walaupon hati sakit tak dapat beli apa-apa ioullss ke FOODCOURT  . beli big apple je yang mampu. okay la kan ? 

hanya mampu beli yang nih , well aku paling suka yang ada cheese nih, terliur mak !


dalam kami duduk-duduk makan-makan.. tiba-tibaaa.. sorang laki datang. katanya dari KL, dea jual minyak wangi, yes sangat wangi tapi nak beli pon was-was sebab takot tak ori je. membazir la kalau tak ori kan ?







aku ni dah la tak pandai nak bezakan yang mana palsu and yang mana ori. hehe mamat tu kata minyak wangi tu ori, siap tunjuk demo lagi ori or tak, tapi tak tahu laa betul or tak apa dea kata tu kan. dea kata kalau ori, bila botol digoncangkan buih akan hilang cepat, dan kalau kita bakar minyak tu still wangi, 

but, bila aku baca blog kak fatin liyana, dea ada buat entry pasal minyak wangi, then dea kata if ori buih akan lambat hilang. huhuu maknanya mamatu tipu lah eh ? = =''

nemind lah k, hehe sesetengah orang tak kisah pon kan yang ori ataw tiruan yang pengting wangi, hehe xpe la, kalaua da duit macam-macam boleh beli kan? kalau tak ada tu memang sakit la kalau berjalan tak da duit haha .. 

terima kasih sebab sidi baca, :)




Thursday, November 8, 2012

Mungkin Ini Yng Terbaik..

Assalamualaikum ♥


 muka ada senyum ! hehe

bibir boleh saja mengukir senyuman, tapi hati Allah saja yang tahu betapa mendungnya.. Tidak termampu sudah menanggung beban.  Ya Tuhan, ujian apakan yang kau sedang berikan pada aku ini ? Adakah aku ini terlalu berdoasa sehinggakan kau memberi ujian ini kepadaku? 

Tika aku sedang bahagia, muncul pula awan hitam,  ketika ini lah bermacam macam masalah yang datang, itu dan ini. Bagaimana harus aku tempuhi nya? Aku bukan lah manusia yang kuat, yang tabah! Ya! aku sedar sapa kau, aku kenal diri aku, tapi yang lebih mengenali diri ku ialah DEA YANG DIATAS! . Apa ayang aku rancang tu tak semestinya baik untuk diriku, aku harus terima, aku harus redho dengan apa yang dah tertulis dalam hidupku.  

''boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.''

Maaf, malam ni aku emosi sedikit, akibat beban stress yang terpaksa aku tanggung. Siapa yang tahu? siapa yang peduli ? Takda sesiapa, kecuali dea yang sentiasa mendengar segala doa aku. 


La Tahzan Syuhada, la tahzan .. hmm




َلا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.





Tuesday, November 6, 2012

Selamat ber'SPM Adik-adik

Assalamualaikum 


gaya mak datenn huahuahuaa..

Entry ini  khas ditujukan oleh blogger-blogger and adik-adik seduniaaa di luar sana yang menghadapi  SPM untuk hari ni.. Kepada korang akak nak pesan nih, buat yang terbaik k, jangan main-main, pastikan alat tulis semuanya cukup, tidur awal, jaga hubungan korang dengan mak ayah, dan yang paling penting selali, jangan lupa solat dan berdoa banyak-banyak pada Allah k. Sebab dea lah yang memberi kita ilmu. Jangan jadi macam akak dulu banyak main-main, malas belajar, hahaha huii pandai aku menkantoi kan diri sendiri = =''


semoga berjaya adik-adik.. :) ♥